BLOG ZOOL - BLOG DARI KAMPUNG UNTUK SEMUA

Home » kehidupan » Hantar kad raya 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Seperti tahun-tahun yang sebelumnya (2011 , 2010 ( fasa 1, fasa 2 ), menghantar kad raya merupakan salah satu aktiviti yang pasti dilakukan oleh si Zool. Walaupun sekarang ni teknologi lebih cepat dan mudah namun saya masih merasakan penghantaran kad ucapan hari Raya Aidilfitri masih lagi relevan. Seperti entri-entri sebelum ini, kad hari raya lebih mempunyai nilai sentimental. Selain tu boleh juga digantung di rumah untuk hiasan. Kalau tetiba yang bagi kad tu nampak, pasti dia bangga. Tak gitu?

Seperti tahun-tahun lalu, saya ada membuat sasaran untuk menghantar kad raya dan kalau pada tahun lepas hanya 20 kad raya dihantar, cabaran pada tahun ini adalah sebanyak 50 kad raya perlu dihantar. 10 kad raya untuk para pembeli barangan di kedaikraftangan akan di’reserve’. Ini bagi memberikan tanda ingatan kepada mereka. Ye lah mana tau satu hari nanti mereka datang kembali dan ingin membeli barang kraftangan lagi. Kan ke satu teknik pemasaran tu.

Berbalik kepada tajuk diatas, kad raya fasa pertama telah siap ditulis dan ditampalkan dengan setem 50 sen. Sebanyak 6 unit kad akan dimasukkan ke dalam peti surat pada hari ini. Semoga kad tersebut berjaya sampai kepada Cik Tom, Cik Elmoluya, Cik Mieya, En Jebeng Otai dan En Samdaddycool dalam minggu ini juga. Harap camtulah…


Ini kad hari raya yang akan dihantar. Gambar tak cantik. Gegar..

Kad Raya fasa kedua pula telah siap untuk diletak dalam kotak pos. Antara bakal penerima ialah :-
1 )Tuan Firus – Arenawafiy.blogpsot.com
2) Tuan Ahmad Aduar
3) Cik Liez – liezkusut.blogspot.com
4) Cik Maryam

Ini pula kad raya untuk fasa kedua

Fasa ke 3 pula

1) Nurul – http://chechomey.blogspot.com/
2) MyLifeIsPrimary
3) CIk Dara – http://daramanisku88.blogspot.com/
4) Ahmad Rushdi – Ahmadrushdi.com

Fasa ke 4
Photobucket
1. Cik Misya – Gadisterbilang
2. Kiki Hanako – Ladykiki9

3. AdmiralHafiz – admiralhafiz.blogspot.com
4. AilylRozanna -ailylrozanna.com
5. Syia – wansyahirah.com
Sekian.

Fasa 4
1. Farah Aznil – FarahAznil.com
2. Lalatipah – kujiey6466.blogspot.com

p/s :- Kalau ada sesiapa yang nak terima kad hari raya dari si ZOol boleh hantar alamat melalui form Hubungi ZOol.

Related Posts with ThumbnailsPengunjung Entri Ini :987

5 thoughts on “Hantar kad raya 2012

  1. Jebeng Otai™No Gravatar says:

    hehe..tgh tunggu kad raya ni bro.. :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    baru je masuk kotak pos malam tadi.. insyallah minggu ni sampai..

    Reply

  2. indobradNo Gravatar says:

    ah saya mau juga dibagi kartu Hari Raya =)) =))

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    lambat … dah selesai..

    Reply

  3. [...] 2 kali. Sambil tu, saya singgah ke pejabat Pos UTC di tingkat 3 untuk membeli setem bagi aktiviti hantar kad raya pertama. Alhamdulillah selepas selesai menyelesaikan transaksi berkaitan maka perlu ke destinasi [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge