Hafizh Syahrin tamatkan saingan di tempat ke enam GP Sepang 2017

Alhamdulillah selesai sudah MotoGP Grand Prix Motosikal Malaysia 2017. Sempatlah juga Jamal singgah ke Sepang untuk menyaksikan aksi-aksi menarik penunggang motosikal bertaraf dunia.
Hebatnya tengok pemenang MotoGP, Andrea Dovizioso yang menamatkan perlumbaan dengan masa 44 minit dan 51.497 saat meninggalkan rakan sepasukan, Jorge Lorenzo yang mencata masa 44:52:240 saat sementara Johan Zarxo pula di tempat ketiga dengan masa 45:01.235 saat.
Juara bertahan Kejohanan Dunia Marc Marquez dari pasukan Repsol Honda pula berjaya menamatkan perlumbaan di tempat keempat manakala pelumba popular dari Itali , Valentino Rossi pula sekadar di tangga ketujuh.

Bagi pelumba Malaysia yang menyertai kejohanan itu, Hafizh Syahrin berjaya menamatkan perlumbaan 19 pusingan dengan berada di kedudukan ke enam. Menurut Hafiz Syahrin dalam laman facebooknya :-

Perlumbaan itu agak sukar tetapi saya gembira kerana dapat menamatkan saingan di tempat ke-6. Terdapat kurang cengkaman di bahagian hadapan dan saya hampir terbabas. Pada akhirnya, saya memutuskan untuk mengawal tunganggan saya supaya dapat menyelesaikan perlumbaan. Hujan turun ketika akhir perlumbaan dan saya boleh berusaha melakukan sesuatu dalam keadaan tersebut. Pada akhirnya, ia menjadi perlumbaan yang baik untuk saya dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang atas sokongan yang diberikan.

Manakala bagi pelumba muda, Khairul Idham Pawi pula nampaknya mendapat pengalaman berguna bagi kejohanan kali ini. Beliau yang beraksi dalam Moto2 bersama Hafiz Syahrin gagal meneruskan perlumbaan selepas terlibat dengan kemalangan pada pusingan pertama lagi. Kemalangan itu melibatkan tiga pelumba lain dalam litar yang basah itu.
Dalam kategori Moto3 pula , Adam Norrodin terpaksa berpuas hati berada di kedudukan kesebelas. Beliau yang hampir-hampir berjaya menaiki podium tapi terjatuh pada pusingan kesepuluh.

Tahniah kepada semua pelumba. Walaupun tiada podium tapi setiap pelumba negara memang pecut habis la. Teringat masa Jamal layan lap kat kampung guna Moto LC yang dah hilang kena curi. Kenangan tu. Sampai sekarang Jamal tak boleh lupakan bila menang sambil buat Willey kat kampung.
Tapi baguslah budak-budak pelumba ni sebab masih muda lagi. Takdelah nanti digelar Mat Rempit macam Jamal time muda-muda dulu.
Sorilah Jamal tak dapat kongsi gambar-gambar Jamal kat Sepang tu. Banyak gambar tak berapa nak cantik sebab pakai handphone murah. Boss pun tak berminat bila tengok gambar-gambar tu.

Jamal Media
Bekas atlet sekolah yang telah bersara. Masih berminat mengenai sukan dan bercita-cita menjadi penulis sukan tersohor.

One thought on “Hafizh Syahrin tamatkan saingan di tempat ke enam GP Sepang 2017

Leave a Reply