Hafizh Syahrin tamatkan GP2 di tangga ke 10 keseluruhan

KUALA LUMPUR 13 Nov. –Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah berpuas hati melengkapkan kempen 2017 pada kedudukan ke-10 keseluruhan selepas meraih 10 mata tambahan dalam perlumbaan terakhir musim di Grand Prix Valencia, semalam.

Pelumba Petronas Raceline Malaysia itu mentup saingan di Sepa­nyol pada kedudukan keenam dengan masa 43 minit 30.438 saat.

Perlumbaan itu dimenangi pelumba Red Bull KTM Ajo, Miguel Oliveira (43:15.843s).

“Saya gembira menamatkan perlumbaan di kedudukan keenam dan mengutip 10 mata lagi.

“Kedudukan keseluruhan saya dalam kejuaraan dunia ialah tempat ke-10 setelah me­ngumpul 106 mata,” kata Hafizh dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas mengenai perlumbaan tersebut, pelumba berusia 23 tahun itu berkata, saingan pada awalnya lancar tetapi dia berdepan masalah di hujung aksi.

“Jentera bahagian depan saya kurang mencengkam dan saya mudah hilang kawalan, jadi saya memutuskan untuk mengawal kelajuan jentera bagi mengelak kemalangan. Selain itu, keseluruhan perlumbaan berjalan baik.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Petronas, penaja, peminat, krew pasukan, keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan kepada saya.

“Tahun depan, saya bakal mengharungi cabaran baharu dan berharap saya masih dapat sokongan yang sama seperti sebelum ini. Terima kasih!,” ujar­nya.

Sumber:- Utusan Melayu (M) Bhd

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

4 thoughts on “Hafizh Syahrin tamatkan GP2 di tangga ke 10 keseluruhan

    1. walaupun tempat kesepuluh tapi dapat naik podium 3 kali kira ok tu..
      harap tahun depan dapat perbaiki kedudukan lepas pindah pasukan

Leave a Reply