LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Hafizh Syahrin layak bersaing pada Kejuaraan MOtoGP

Pelumba motosikal negara, Hafizh Syahrin Abdullah berjaya mencapai cita-cita untuk bersaing pada Kejuaraan MotoGP Dunia apabila ditawarkan kontrak oleh pasukan Monster Yamaha Tech3 pada musim ini.
Pelumba berusia 23 tahun dari Selangor itu akan bergandingan dengan bekas juara dunia Moto2 2016 Johann Zarco sebagai pelumba kedua bagi menggantikan Jonas Folger yang menarik diri atas sebab kesihatan.

Pelumba yang mendapat gelaran ‘Pescao 55‘ menunjukkan prestasi yang baik pada sesi latihan di Litar Chang, Buriram di Thailand pada hujung minggu lalu.
Pada sesi ujian pramusim ketiga di Buriram selama tiga hari bermula Jumaat lalu, Hafizh berjaya menamatkan ujian tersebut di tempat ke-21 selepas mencatat satu minit 31.537 saat pada litar sepanjang 4.554km itu.

Untuk rekod, Hafizh yang mula menceburkan diri dalam sukan permotoran seawal umur sembilan tahun, beraksi pada saingan Moto2 selama empat musim sejak 2014 bersama pasukan Petronas Raceline, sebelum mendapat tawaran ke kelas perdana bagi musim 2018. – Bernama

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)