Hafizh Syahrin diiringi gadis litar berhijab

LITAR perlumbaan MotoGP sinonim dengan gadis litar berpakaian seksi .

Namun tidak bagi pelumba MotoGP Malaysia Hafizh Syahrin Abdullah, apabila memilih gadis berhijab bagi menemaninya dan gambar di Instagram itu tular di media sosial.

Dikenali dengan gelaran ‘El Pescao, memberitahu, wanita itu adalah isterinya, Noor Suzana Abd Manaf sebagai gadis payung pada perlumbaan MotoGP di Buriram, Thailand.

Kemunculan Noor Suzana atau lebih mesra dipanggil Zana mencuri perhatian peminat dunia permotoran seluruh dunia.

Zana manis berhijab berwarna hitam dilihat sedang memayungi suaminya di litar sebelum perlumbaan bermula.

Ketika pelumba lain ditemani gadis payung yang lebih seksi, pelumba berusia 23 tahun ini bijak memilih isteri yang baharu dinikahinya pada Disember tahun lalu sebagai peneman dan pembakar semangat sebelum perlumbaan.

Netizen juga memuji pasangan muda itu malah berbangga kerana mengekalkan ciri Islamik meskipun berada di luar negara dan mendoakan kejayaan Hafizh Syahrin.

 

Sumber :-Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives