Hafizh raih podium di GP San Marino 2017

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah dari Petronas Raceline Malaysia berjaya menduduki tangga ketiga pada GP San Marino sekaligus meraih podium kedua sepanjang kariernya.
Walaupun baru dua kali meraih podium namun ianya kejayaan besar memandangkan usia beliau yang baharu sahaja menjangkau 23 tahun.

Hafizh yang bermula di tangga ke empatbelas berjaya mencelah barisan pelumba handalan untuk berada di belakang pemenang, Dominique Aegerter dan Thomas Luhti yang berasada dari Switzerland pada Kejohanan di Sirkit Dunia Misano Marco Simoncelli di Itali pada Ahad lalu.
Dalam ketika beliau dihimpit kesulitan dengan penaja PETRONAS Raceline Malaysia dan dikhabarkan akan berpindah ke pasukan lain namun ia tidak menjadi sebab untuk beliau berputus asa.

|Hafizh Bakal Berpisah dengan PETRONAS|

Beliau berjaya menamatkan perlumbaan tersebut dengan catatan masa 51:39:709 saat bagi mendapatkan 16 mataa serta mengumpul mata keseluruhan sebanyak 66 mata. Beliau kini ketinggalan 157 mata dari pendahulu Morbidelli.
Bagi acara MOto3 pula Adam Norrodin hanya mampu menyelesaikan 18 pusingan sebelum mengalami kemalangan.

Krew Ligakampung mengucapkan tahniah kepada Hafizh atas kejayaan beliau mencatatkan podium dalam kejohanan ini. Semoga ini akan memberi inspirasi kepada para pelumba lain serta mampu meningkatkan motivasi Hafizh sendiri bagi mendapatkan lebih mata selepas ini.

Kredit Gambar :- Facebook Rasmi kelab Hafizh Syahrin

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

One thought on “Hafizh raih podium di GP San Marino 2017

Leave a Reply