LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Hafizh berjaya mendaki podium di GP Jepun

Selepas mencatat kejayaan menaiki podium di GP San Marino sekali lagi pelumba yang beraksi Moto2, Hafizh Syahrin berjaya menaiki podium.
Pelumba berusia 23 tahun yang mewakili Petronas Raceline Malaysia ini berjaya menduduki tempat ketiga dalam litar yang basah ini. Menariknya apabila beliau yang ketinggalan di tempat kelapan pada pusingan pertama berjaya mendaki tangga untuk seterusnya menamatkan perlumbaan dengan masa 32:12:035s.

| Facebook Hafizh Syahrin |

Hafizh Syahrin, (kiri )meraikan kejayaan menaiki podium

Perlumbaan itu dimenangi oleh pelumba Sepanyol, Alex Marques dengan catatan masa 32:08:901 manakala rakan senegara Xavi Vierge di tempat kedua dengan keputusan 32:10:366. Hafizh kini berada di tangga kesepuluh keseluruhan selepas memungut 82 mata.
Selepas ini beliau dan rakan-rakan pelumba lain akan beraksi di Moto GP Australia pada minggu hadapan di Phillip Island manakala perlumbaan yang dinantikan iaitu Moto GP Malaysia di Litar Sepang akan diadakan pada 27-29 Oktober ini sebelum kejohanan penamat di Valencia, Sepanyol pada 10-12 November 2017.

Selamat berjaya Hafizh dan rakan-rakan. Semoga akan ada lagi penamat podium oleh Hafizh dan rakan-rakan yang akan menaikkan nama negara yang mempunyai pelumba setanding di peringkat dunia.

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “Hafizh berjaya mendaki podium di GP Jepun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)