LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Hadkan gaji bulanan pemain bola sepak Malaysia

Bekas Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Datuk Peter Velappan memberikan cadangan agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memperkenalkan had gaji siling untuk semua pemain yang beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M).

Menurutnya, langkah ini perlu bagi mengelak masalah setiap pasukan yang berhadapan tekanan apabila berdepan dengan masalah tunggakan gaji.

Beliau juga dalam kenyataan risau tentang isu pasukan yang masih dalam dilemma untuk menguruskan pasukan akibat masalah kewangan walaupun pasukan berstatus GERGASI BOLA SEPAK seperti Kelantan dan Selangor.

| Kelantan Selamat Beraksi Di Liga M |

Cadangan tersebut, tidak dipersetujui oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan langkah tersebut boleh mengehadkan nilai pasaran pemain bola sepak tempatan.

Walaubagaimanapun beliau tidak menetapkan pendirian mengenai cadangan had gaji siling pemain Liga M kerana ia adalah perbincangan antara FAM, persatuan negeri dan kelab bola sepak serta pemain.

Ligakampung merasakan ada pro dan kontranya jika had siling itu diperkenalkan namun tidak setuju bahawa had gaji siling pemain boleh membantu menyelesaikan masalah kewangan. Pada pendapat kami, isunya adalah mengenai bagaimana persatuan kelab bola sepak dapat BERDIKARI dan mampu menguruskan kewangan yang baik. Selagi mana persatuan kelab bola sepak di Malaysia masih mengamalkan budaya subsidi dari kerajaan negeri serta FAM, maka ia tidak mampu menghasilkan organisasi bola sepak yang kukuh.

Penswastaan yang digembar gemburkan sebelum ini nampaknya masih belum mampu ditampung oleh persatuan bola sepak. Bayangkan pasukan Selangor dan Kelantan yang mempunyai antara penyokong teramai di Malaysia masih belum mampu membangunkan organisasi yang kukuh. Apatah lagi pasukan kerdil seperti Perlis mahupun pasukan kelab seperti UiTM.

Pengurusan kelab bola sepak yang bersifat komersial perlu diadakan. Kita dapat lihat pada tahun lepas sebuah kelab swasta Frenzy United juga seakan seperti akan gulung tikar. Jika tiada nilai komersial pada pasukan kelab-kelab ini amat sukar untuk berkembang.

Berkenaan dengan had siling pula, sudah pasti dengan kadar maksimum akan menyukarkan pemain-pemain luar untuk beraksi di Malaysia. Apabila tiada pemain import berkualiti maka adalah sukar untuk kelab bola sepak Malaysia bersaing di peringkat yang tertinggi seperti Liga Juara Asia dan Piala AFC. – BERNAMA

Apapun ia sekadar pendapat kami di Ligakampung.com. Pihak berkaitan iaitu FAM perlu mengambil kira pandangan Datuk Peter Velappan namun perlu dibuat kajian yang menyeluruh agar ia tidak memberi kesan negatif pada suasana di Liga Malaysia.

 

Please follow and like us:
error0

One thought on “Hadkan gaji bulanan pemain bola sepak Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)