LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Hadi Fayyadh sah ikat kontrak Liga Jepun

Penyerang muda berusia 19 tahun, Hadi Fayyadh Abdul Razak berjaya mencapai impiannya untuk bermain di luar negara selepas sah diikat oleh pasukanFagiano Okayama.
Dalam kenyataan akhbar Hadi Fayyadh sah mengikat kontrakt dengan kelab Fagiano Okayama untuk tempoh satu tahun.
Kelab yang beraksi dalam Divisyen 2 Liga J itu mengikat kontrak penyerang tinggi lampai itu selepas 2 sessi percubaan sebelum ini. Kelab yang diberi gelaran Fagi ini akan beraksi di Stadium City Light di Okayama dimana ianya berkapasiti 20,000 penonton.
Mungkin agak kecil bilangan stadium tetapi ia adalah satu pengalaman yang bagus untuk Hadi Fayyadh.

Bagi yang tidak mengenali, Hadi Fayyadh lahir pada 22 Januari 2000 dan berasal dari Kuala Lumpur. Mempunyai ketinggian 1.88 meter ( 6 kaki 2 inchi) dan beraksi di posisi penyerang pasti mempunyai kelebihan dari segi ketinggian.
Memulakan karier di Sekolah Sukan Pahang dari 2012-2014 dan terpilih mewakili pasukan Frenz United sebelum disambar JDTII pada tahun 2016.


Beraksi di JDT II sebanyak 27 kali dan menghasilkan 4 gol sebelum beliau akhirnya mendapat tajaan Yakult (M) Sdn Bhd untuk mencuba ujian di Liga Jepun sebelum terpilih dalam skuad Fagiano.
Beliau juga terpilih beraksi untuk skuad kebangsaan dari skuad Umur 12, 14,17,18,19 dan 23. Beliau belum beraksi dalam skuad senior tetapi masanya pasti tiba jika aksi beliau di Liga Jepun mampu membuka mata jurulatih , Tan Cheng Hoe dalam masa terdekat ni.

Sebelum ini terdapat beberapa pemain yang mendapat tempat beraksi di Liga Jepun. Pasti ramai yang masih ingat tentang dua pemain Malaysia iaitu Wan Zack Haikal dan Nazirul Naim yang dipilih bersaing dengan pasukan FC Ryukyu namun tidak bertahan lama.
Kedua-dua pemain tersebut yang mempunyai masalah dari segi kecergasan (‘injury prone’) tidak mampu untuk mendapat tempat dalam pasukan biarpun berpotensi besar dan akhirnya kembali beraksi di Liga Malaysia. Tahun lepas juga terdapat seorang lagi anak tempatan iaitu M Kavishkumar yang mendapat tempat di Tokai Football Club.
Namun belum ada lagi perkembangan dari sana. Mungkin beliau perlu menyesuaikan diri dengan kelab tersebut. Diharap beliau berjaya bersaing di sana bagi meningkatkan prestasinya.

Bagi Hadi Fayyadh pula banyak yang perlu dibiasakan disana. Sudah pasti antara yang menjadi cabaran adalah bahasa. Berada di negara orang, pastinya perlu memahami bahasa untuk berkomunikasi. Bukan mudah tapi nampaknya Hadi Fayyadh telah mula Belajar Bahasa Jepun.
Ia bukan mudah tapi kami di Ligakampung.com percaya ia mampu diatasi oleh penyerang muda berbakat ini.

Selain itu, cuaca yang berbeza antara Malaysia dan Jepun akan menuntut beliau untuk menyesuaikan diri dengan iklim disana. Keadaan cuaca yang sejuk mungkin membantu beliau sekiranya ingin pergi lebih jauh beraksi di kelab Eropah satu masa nanti. Ia adalah fasa pertama untuk beliau berjaya lebih jauh lagi.

Corak permainan dalam Liga Jepun yang pantas pasti menyebabkan beliau mesti memajukan diri. Samada dari segi fizikal atau mental , persaingan yang cukup hebat di sana boleh meningkatkan prestasi permainan beliau. Ia sedikit sebanyak akan membantu prestasi pasukan kebangsaan sekiranya beliau dipanggil beraksi mewakili pasukan kebangsaan.
Ini satu perkembangan yang baik apatah lagi sekarang ni skuad negara ketandusan penyerang yang berwibawa terutama untuk menghasilkan gol.

Kami di Ligakampung.com mengucapkan syabas kepada beliau. Diharap beliau dapat meneruskan aksi di Liga Jepun dan jangan pulang awal. Jangan berputus asa dan jangan terpengaruh dengan ejen-ejen di Liga Malaysia yang pasti akan cuba memancing beliau seperti yang berlaku pada pemain-pemain lain sebelum ini.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)