Habuan RM30,000 Jika Menang

FAM

Skuad Harimau Malaya menerima berita gembira apabila dijanjikan imbuhan RM30,000 sekiranya berjaya mendapatkan tiga mata pada perlawanan aksi kelayakan Piala Asia 2019 menentang Hong Kong di Stadium Hong Kong esok.
Berita baik itu diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi sidang video bersama pemain dan ketua jurulatih, Nelo Vingada yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi FAM.

Tunku Ismail berkata kemenangan ke atas Hong Kong itu amat ditagih bagi menutup mulut segala kritikan yang dilemparkan terhadap skuad kebangsaan kendalian Vingada itu.

“Mata manusia tidak pernah menipu, kalau seluruh rakyat negara ini termasuk saya nampak anda semua memberi 110 peratus, kalah atau menang pun kita puas hati.

“Kalau menang perlawanan ini, saya bagi bonus RM30,000. Seluruh rakyat Malaysia di belakang anda dan mendoakan kejayaan anda,” katanya.
– BERNAMA

Diharap para pemain menjadikan insentif ini sebagai satu pembakar semangat untuk mendapatkan kemenangan di gelanggang lawan.

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

Leave a Reply