Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua..
Nampaknya banyak isu yang diketengahkan oleh media masa dari kisah Tun Dr M keluar UMNO, gegaran gempa di KL dan banyak lagi isu-isu yang mengemparkan warung kedai kopi dan gerai blog-blog di seluruh Malaysia amnya..
Walau pun banyak isu boleh diketengahkan namun satu berita mengaibkan mendapat perhatian saya…

“Guru dapat aib “
Kuala Lumpur : Hanya kerana memberi amaran kepada seorang murid akan melondehkan seluarnya, seorang guru terpaksa menerima aib ditahan empat anggota polis di kelas selepas perhimpunan pagi di sebuah sekolah elit, baru-baru ini..
Lebih memeritkan apabila guru dari sebuah negeri di pantai barat itu terpaksa meringkuk semalaman di sebuah balai polis, di sini.
bla.. bla.. bla..
Sumber memberitahu Harian Metro, bapa murid terbabit tersinggung dengan kata-kata kasar guru itu terhadap anaknya.
Malah katanya, bapa murid terbabit mendapat kerjasama daripada seorang saudara yang juga anggota polis yang dipercayai bertindak terhadap guru terbabit.
bla..bla.. bla
Sumber itu berkata, bapa murid terbabit sanggup menggunakan tindakan yang tidak masuk akal untuk memalukan guru berkenaan.
bla..bla..bla..
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Kommisioner II, Ku Chin Wah, ketika dihubungi mengesahkan penahanan guru terbabit oleh beberapa anggota polis disekolahnya..
bla..bla..bla
Tak percaya?? Baca artikel penuh di hmetro..
Sebenarnya insiden ini memang memalukan.. Bagaimana agaknya ingin mendidik jika anak tidak boleh ditegur??? Situasi ini sedikit sebanyak akan menyebabkan institusi perguruan menjadi profesion yang menakutkan bagi para siswazah.. Saya memang kecewa dengan bapa murid tersebut.. Mengapa terlalu singkat pemikiran beliau.. Adakah seronok memalukan guru tersebut??
Betapa lembiknya bapa murid dan murid tersebut.. Bila terkenang masa lalu di waktu persekolahan saya, dicubit pipi, ditempeleng dan di rotan merupakan perkara yang lumrah bagi pelajar-pelajar pada waktu saya.. Walau pun saya pernah dilempang oleh cikgu gara-gara tidak membawa buku teks, bermain di surau, lari sekolah namun tidak pernah pun mengadu kepada ibu bapa..
Tapi budak-budak kini cukup manja.. Hanya diberi amaran diadunya pada bapa.. Dan lebih teruk bapanye mengambil tindakan kebudak-budakan.. Macam mana Cikgu Azleen, Zuhairy dan lain-lain cikgu nak memajukan anak bangsa…
Walaupun saya belum berkahwin dan tidak memiliki anak ( anak tekak je ada) namun rasanya keadaan memanjakan anak akan cuba dihindar.. Jika saya diizinkan olehNya untuk dikurniakan anak, sudah pastinya saya akan membenarkan anak saya dirotan, dilempang selagi ianya tidak menyebabkan kecacatan.. Kenapa?? Kerana disebabkan dilempang saya menjadi seorang manusia.. Walaupun tidaklah hebat manapun tapi sekurang-kurangnya saya mampu menjadi penulis blog dan anda sedang membacanya..
.. Lagipun kadar untuk saya merotan dan memukul anak saya ialah 1 % jadi jika ada guru mungkin mereka akan menjadi lebih mengerti kehidupan..
Lagi satu yang menjengkelkan ialah kenapa beliau ditahan oleh pihak polis disekolah.?? Perkara ini sedikit sebanyak merendahkan martabat polis negara.. Diharap Ketua Polis Negara memandang isu ini dengan lebih teliti.. Ini kerana penyalahgunaan kuasa di kalangan polis akan menimbulkan ketidakpercayaan terhadap institusi keselamatan negara… Mungkin kalangan polis yang membaca isu terbabit membawa isu tersebut ke tengah ..
Apa pendapat anda pula?? Setuju atau tidak dengan perbuatan bapa terbabit??
p/s :- Baru beberapa hari Sambutan Hari Guru kini mereka diaibkan pula.. Agak-agak siapa bapa murid terbabit??? Adakah beliau individu terkenal sehingga mampu mengarah polis menahan guru terbabit.??

















Mengikut pengalaman saya, anak si bapa yang demikian akan menjadi makhluk yang tidak berguna. Kita doakan semoga mereka berubah!
Reply
Hmm.. Itulah cabaran guru hari ini.. Ditelan mati emak, diluah mati bapak.. kalau tak ditegur, murid naik lemak, bila ditegur, guru pulak masuk lokap..
Secara peribadi, saya tidaklah menyokong penuh perbuatan bapa tadi, tetapi saya juga rasa cara guru tersebut cuba mengubah tingkahlaku murid terbabit tidak sesuai..
Sebab itu saya memilih untuk mengajar di sekolah kampung..
Reply
mcm tu pulak jadinya..hm kasihan pada guru tersebut..spatutnya kenala bertimbang rasa sket..tp mungkin guru tu dah bnyk kes sblm 2 ni..sape tahu..
Reply
itu dinamakan kroni dan penyalahgunaan kuasa. nak buat macam mana, pemerintah sudah biasa memerintah cara begitu, bolehkah ia diubah sekelip mata?
Reply
wan wma –> makhluk?? tak baik tau.. doakan supaya mereka insaf..
cikgu azleen –> betul tu… susah jadi cikgu sekarang nie.. nak jentik budak pun takut..
syamsularif –> skg budak tak takut cikgu..bukan cam zaman aku.. pagi2 tgk kete BMW ada datang tak?? nak tgk cikgu garang datang ke tak.. sekarang?? huh cikgu takut ngan murid.. kalau kes pun takkan ditangkap lepas perhimpunan… apa takde sivik ke polis tu??? aku nak tgk respons org2 atas.. kalau takde nampaknya isu ni tak penting dan sekali lagi salah pada guru… kesian guru sepatut disanjung…
azwan –> tu le pasal.. setakat amaran camtu pun boleh kena tangkap ker??? sedih woo.. anak2 ko camne??? sekolah mengadu ke??
Reply
Inilah cabaran kepada golongan guru alaf ni. Mendidik bukan usaha yang mudah. ketabahan dan kebijaksanaan guru amat diperlukan dalam melaksanakan tugas. Walau apa masalah sekalipun… guru tetap guru.
Reply
Aku dulu penah kene tampar ngan cikgu cina kat sekolah pasal masuk perhimpunan ko-ku lambat..Selepas 8 tahun kene tampar, baru aku sedar nape die wat camtu..Kalo dier x wat camtu tentu aku pun x jadi cam skang ni..Untuk guru-guru malaysia, teruskan mendidik tanpa jemu!! kalo jemu join aku wat bisnes one smart shop je
Reply
saya sungguh simpati dengan guru tersebut. tak sepatutnya dia dilayan sedemikian rupa..Saya dah baca artikel ni kat harian metro. Memang tak patut!
Reply
denan –> sungguh besar sekali cabaran..
poma –> biasalah tamparan guru menyebabkan kita berada disini..
zuhairy –> tak patut.. dengo cerita cikgu tersebut akan bawa ke mahkamah
Reply