Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Sebagai pengguna kenderaan, pasti kita mempunyai jenama minyak petrol yang menjadi kesukaan untuk diisi dalam tangki kenderaan kita. Kebiasannya kita akan menggunakan jenama minyak tersebut hingga ke akhir hayat (samada hayat kita atau hayat kenderaan itu). Kalau ikutkan, si Zool biasanya menggunakan minyak dari stesen minyak Petronas dan kadangkala dari stesen minyak Shell. Ini kerana kebanyakan stesen minyak di kawasan sekitar saya kebanyakannya adalah dari jenama syarikat petrol tempatan iaitu Petronas.
Namun pada semalam, ( 10 Jun 2012 ) saya cuba menggunakan minyak dari jenama Caltex dan mengisi sebanyak RM50.00. Memandangkan kewangan si ZOol tak cukup besar dan kereta MyVi je, maka hanya menggunakan Techron RON 95 je. Sebenarnya memang terlalu lama tidak menggunakan minyak dari stesen Caltex ni. Kalau tak silap, kali terakhir guna masa belajar kat UiTM dulu. Tu pun memang sebab cuba-cuba je. Cuma nak mencuba dan membuat sedikit analisa tentang penggunaan minyak-minyak berlainan jenama. Sedikit sebanyak boleh juga mengetahui jenama mana yang lebih jimat dan juga prestasi secara praktikal.
Image Hosting
Yelah, sebelum ni pernah terbaca satu artikel bahawa setiap minyak dari jenama berlainan mempunyai kelebihan masing-masing dan antara kelebihan yang paling dicari adalah tentang penjimatan penggunaannya. Jadi, untuk minggu ini stesen minyak Caltex akan dijadikan percubaan. Insyallah minggu hadapan akan cuba di stesen minyak lain pula..
Bagaimana pula dengan anda? Pernah ke cuba minyak Caltex ni?
Sekian.
p/s :- Agak-agak tulis pasal ni boleh dapat iklan dari Caltex tak?? Huhuhuhu
Kalau nak cari stesen minyak Caltex di kawasan berhampiran boleh cari di sini


kdg2 kalo minyak dah abis mmg kene isi stesen yg len..takot2 nnt kene tolak lak motor..hehe
Reply
aku biasa isi petronas.. then shell.. then BHP.. then.. ape aje lah yang ade.. asalkan tak kena tolak kete aku.. hehehee
Reply
zool
Reply:
June 11th, 2012 at 20:03
oo. apsal tak masuk Caltex dalam tu?
Reply
aku try aje kalau terpaksa. tapi caltex jarang la. selalu shell atau petronas aje. tapi aku selalu isi petronas sebab ada kad mesra petronas. haha..
Reply
zool
Reply:
June 11th, 2012 at 20:04
ooo. aku takde kad mesra tu..
Reply