Guna istilah selsema babi bukan H1N1

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Baru-baru ni ada terbaca isu perbalahan samada penggunaan selsema babi atau H1N1. Memang macam-macam pendapat di luar sana.. Ada yang menyokong ada yang sebaliknya.. Dan terbaru, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini mencadangkan supaya semua pengamal media kembali menggunakan istilah selesema babi bagi menggantikan istilah influenza A (H1N1) yang digunakan sekarang.


Credit Picture and bandwith to :- The Stem Cell Blog

Rais berkata, ini bagi memastikan orang ramai sedar akan bahaya selesema ini dan mesej mengenainya dapat disampaikan dengan lebih tepat kepada mereka.

“Bila dalam Bahasa Melayu pula ada juruhebah yang enggan nak sebut H1N1, jadi kalau selesema babi, kan senang,”
Rais juga berkata kementeriannya akan memantau program yang menyiarkan iklan yang berkaitan dengan kesihatan agar tiada kekeliruan mengenai ketepatan mesej serta kefahaman orang ramai mengenai selesema babi.

“Hal yang berkaitan dengan kesihatan kita tidak harus campur aduk dengan gara-gara atau cara-cara iklan yang mengelirukan. Kami akan pantau iklan yang disiarkan di televisyen dan melihatnya dari sudut ketepatan mesej serta fahaman orang,” katanya. – Bernama

Entahlah, pada pendapat saya, istilah tu tak berapa penting nak didebatkan.. Yang teramat penting sejauh mana penularan penyakit ni di Malaysia. Macam-macam gossip di dengari tentang penyakit ni.. Tak tau kesahihannya. Diharap pihak berkaitan dapat memberikan info yang tepat mengenai penyakit ini dengan tepat bagi memberi kesejahteraan kepada rakyat.

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1689
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

19 Responses to “Guna istilah selsema babi bukan H1N1”

  1. kira macam serampang 2 mata laa..
    kalau sebut H1N1 mungkin ramai yang kurang tahu & tak amek kisah..
    Bila sebut Selsema Babi ramai yang boleh buat andaian bahawa selsema tu datang daripada babi menjangkiti manusia(walaupun andaian tu separuh tepat)..jadik yang makan babi & ternak babi pun boleh paham2 sendiri laa..

    Reply

  2. KNizamNo Gravatar says:

    aku setuju pakai je la selsema babi
    habis cerita. mcm la selsema burung kan

    Reply

  3. AzahNo Gravatar says:

    kalau selsema babi tu bunyi scary sikit..
    selsema H1N1 macam nama produk je..
    heheh…

    Reply

  4. Aku setuju dgn komen Azah tu… selesema babi lagi orang faham… kalau cakap inluenza A h1n1… apa tu? kena check Google dulu kot…

    Reply

  5. aloneNo Gravatar says:

    setuju gak. bunyinya lebih menakutkan. H1N1 macam nak glamor pulak bunyinya. wuhuh!

    Reply

  6. mariaNo Gravatar says:

    Selesma babi senang skit org nak faham..H1N1 dengar saintific skit…apa pun namanya masa kerja sy terpaksa memakai mask…terpaksa2..:(
    Kpd sesiapa yg mempunyai sedara mara yg baru balik
    from oversea pls refer to Gov.Hospital(Hosp.Sg Buloh for klang valey area.) buang masa je klu gi Private Hosp.)cause Monitoring done by Gov.Hosp…Harap faham bcause ada sesetengah patient tak faham bila our hosp transfer them to gov hosp. Procedure2…nak tak kena ikut.

    Reply

  7. safarNo Gravatar says:

    Dekat lebih ramai kenal babi dari pada khinzir

    Reply

    teaNo Gravatar Reply:

    mmm.. bagus jugak penukaran ke bahasa yang dekat ngan hati kita.. tapi tak ke dah agak lambat skit.. semua dah biasa ngan term h1n1..obama tukar dari swine flu ke h1n1 flu masa pandemic nie belum jadi pandemic lagi.. ni kita dah heboh-heboh pasal h1n1..nak tukar balik… sure bila baca berita ni di peringkat antarabangsa banyak yang fikir malaysia nie setakat h1n1 pun susah nak ingat.. hmm.. kalau setakat ingat nak bagi peringatan pada mereka yg makan dan bela babi.. kita pun makan daging lembu (madcow disease) ..makan ayam (chicken flu)..makan ..tetap makan ..bukan apa cuma terasa bila menteri kita pikir kita nie tak cukup educated nak paham h1n1

    Reply

  8. abg_becaNo Gravatar says:

    alar istilah ni pon nak dipolitikkan sebenarnya….dulu da baik2 guna istilah tu sruh pi tu ke H1N1….yelah konon2 takot pengusaha babi rugi nnti cuz takot tade org nak beli babi….dulu time selesema burung tade plak nak guna istilah sains…..kat singapore, n negara lain guna istilah selesema babi aje…

    Reply

  9. KarlNo Gravatar says:

    hye..

    i was ere

    H1N1 lebih sopan kot

    Reply

  10. zoolNo Gravatar says:

    ramai gak beri respon ye.. ntahla pada pandangan saya apa nama pun yg penting org tau bagaimana merebak, cara pencegahannya.. kat luar negara dia dah jadi wabak.. bahaya tu

    Reply

    safarNo Gravatar Reply:

    Zool warga asing asing tidak tahu H1N1.mereka cuma tahu makan b*bi saje.

    Reply

  11. kisahsensasiNo Gravatar says:

    selsema babi je lebih mudah…. dan rasanya kerajaan patutnya hapuskan aje sumer babi yang ade kat malaysia nie….

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tak setuju…
    kalau camtu nanti selsema burung kenalah bunuh semua binatang yang berspesis burung?? Kena rasional bro. babi tu tak bersalah.

    Reply

  12. Iqone_DinieNo Gravatar says:

    erm..ape yg nak diselindungkan lagi..kalo da selseme BABI tue tetap selsema BABI la..xyah ler nak bg name lain lak…wat keliru org jer…Ape yang diorang dpt kalo selindungkan name sebenar penyakit tue..kan korang sume kan..hihi

    Reply

  13. bigcitybNo Gravatar says:

    move on with the times, guys. dun kurung yourself in the bubble. this is a world epidemic, not just in malaysia. if we are not in sync with WHO or the international standard, how would the next generation know that such epidemic happens. they’ll just think babi.

    Reply

  14. all people need to alert about this influeanza. the words is changing again but we need to know about the standard all around the world use it. we know the sars and bird flu is killing people. so we all need to take action about controlling the influenza… this is our responsibles…

    Reply

  15. eyemanNo Gravatar says:

    tak kesahlah. Janji kita ta kene selsema tu..

    Reply

  16. ryder 19No Gravatar says:

    nowdays,semua org dh kenal penyakit ni,cepat sangat merebak..saya ada terfikir,kalau dalam keadaan negara kita darurat,kita ada tentera simpanan.Jadi kenapa dalam waktu yg darurat ketika ini kita x ada doktor simpanan ? contoh nya..seluruh doktor yang ada di Malaysia,kena berdaftar dan berkhidmat dalam apa keaadan macam sekarang,atau maksud lain..jika pendemic ini terus jd worst,kita kumpulkn doktor2 ini untuk merawat pesakit2,actualy kita boleh mulakan dari sekarang,sebelum negara kita tinggal “1 org Malaysia” jea..

    Reply

Leave a Reply