post

Guna barang terpakai latihan angkat berat

Atlet angkat berat Perlis, Muhammad Fakhrul Najmi Mohd Fisol tidak menjadikan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai alasan untuk berehat dari latihan.
Beliau menggunakan barang terbuang seperti rim motosikal dan batang besi buruk untuk memastikan keupayaan dalam sukan angkat berat tidak berkarat selepas tidak dapat menjalani latihan di luar seperti sebelum ini.

Beliau bersama adiknya, Muhammad Nazrul Hisham, 10 tahun menggunakan longgkan barangan terpakai seperti rim motosikal , besi dan lain-lain yang merupakan barangan hasil kerja bapanya selaku mekanik untuk menghasilkan peralatan angkat berat.
Mereka ditemui oleh wartawan Bernama di kediaman di Kampung Bakong Kubang Gajah telah menjadikan dua unit rim motosikal yang diletakkan besi seberat 20 kilogram (kg) dan akan menambah dua lagi rim untuk meningkatkan bebanan kepada 40 kg.
Muhammad Fakhrul Najmi telah mewakili sekolah bagi kategori 73 kg manakalan adiknya pula menyertai kategori 45kg.

Fakhrul Najmi yang mewakili Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Sirajuddin merupakan pemenang pingat gangsa Kejohanan Angkat Berat Jemputan di Kelantan pada 2018 mempunyai catatan terbaik iaitu 56kg dalam acara snatch dan 71kg bagi acara clean & jerk dengan catatan keseluruhan sebanyak 127 kg.
Menurutnya lagi, adiknya juga mempunyai minat yang sama sehingga mampu mengangkat bebanan 40kg seawal usia 10 tahun.

  • BERNAMA

Ligakampung.com mengucapkan syabas kepada dua adik beradik ini kerana menggunakan kreativiti serta masa terluang ini untuk menguatkan lagi kekuatan dan teknik dalam sukan ini.
Semoga mampu mencapai kejayaan yang lebih gemilang lagi.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.