Gula oh Gula

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Nampaknya tiba-tiba dikejutkan dengan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram. Tapi nak buat camne, dah diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, suka atau tidak terpaksalah. Memang pening lah makcik-makcik kat kampung ni.. Apa taknya orang kampung kan banyak guna gula lebih-lebih nak buat kenduri sana kenduri sini. Yang meniaga gerai makanan pasti terasa dengan peningkatan harga gula. Kalau kita perhatikan kebanyakan makanan di Malaysia terutama kuih muih amat memerlukan gula dalam ramuannya. Sedikit sebanyak kualiti dan kuantiti kuih akan dikurangkan selepas ini.

Bercerita tentang kenaikan harga gula mungkin kita sepatutnya mengamalkan cara hidup sihat dengan mengurangkan gula. Ini juga bagus untuk kesihatan. Tak silap, saya pernah terbaca yang Prof Ungku Aziz mengamalkan pemakanan tanpa gula dan kesihatan beliau masih baik walaupun telah meningkat usianya..

p/s :- Teh o tanpa gula rasa cam boleh je.. Agak-agak anda camne??

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1429
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

12 Responses to “Gula oh Gula”

  1. sharinginfozNo Gravatar says:

    hmmm naik pula harga gula kan…

    Gula Naik 20 sen

    Jom Gunting Rambut

    Reply

  2. kumb@ngNo Gravatar says:

    patutla minum kopi rasa tawar…

    Reply

  3. Bb HussainNo Gravatar says:

    saya suka milo kosong..so tak perlu letak gula..hehe..

    Reply

  4. KitkatNo Gravatar says:

    Drink Chinese tea or Japanese then. Chinese and Japanese tea are normally served without sugar. :) They also help us in food digestion and some allow us to lose weight too :) Get a healthy lifestyle, drink tea without sugar.

    Anyway, 20 cents per kilogram sure impact all of us. I wonder how much the mamak will charge us when we order a cup of teh tarik :(

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    yes.. we must drink less sugar but can we??

    Reply

  5. KujieNo Gravatar says:

    sebenarnya kesan kenaikan harga gula bukan saja melibatkan GULA semata-mata – ada jaringan makanan lain yg terlibat

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    betul tu… kuih koci pun akan naik harga lepas ni..
    eh kuih koci pakai gula tak kak jie??

    Reply

  6. cikepalNo Gravatar says:

    kita ganti dengan garam je la..hehe :)

    Reply

  7. titanNo Gravatar says:

    sedap lagi rasanya teh tanpa gula. Hehe..letak madu. Hehe..

    Reply

  8. NazzNo Gravatar says:

    aku nak bukak kilang gula sendiri… jadi tak payah beli gula.. (geram ni…)

    Reply

  9. safarNo Gravatar says:

    Ya , saya setuju harga dinaik.masalah sekarang Mak cik2 yang jual kuih kena belanja lebih.mana mereka mampu.

    PS : teh ‘o’ tanpa gula.pernah rasa.sebab adik terlupa bubuh gula.hehe….

    Reply

  10. AzizulNo Gravatar says:

    no big deal to meal. aku jarang beli gula. jarang bancuh teh atau kopi. tp concern jgk pasal kedai2 mamak yang sengal tu mmg senang jer naikkan harga minumakan kalau ada naik harga. lepas tu sure xde turun2 dah.

    Reply

Leave a Reply