LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Gol Offside Ranapkan Impian Malaysia Julang Piala AfF 2018

Nampaknya impian skuad Malaysia serta para penyokong untuk meraikan Piala AFF Suzuki tidak tercapai jua. Setelah menunggu 8 tahun untuk menjulang nampaknya kejayaan tidak timbul di Hanoi.
Keputusan seri 2-2 di gelanggang sendiri pada Rabu lalu nampaknya memberi impak kepada skuad negara. Biarpun berkelebihan dari segi pengawalan bola namun jaringan tidak kunjung tiba di tempat lawan.
Ini sekaligus memberikan kelebihan kepada skuad Vietnam. Dalam perlawanan yang baharu sahaja tamat sebentar tadi skuad negara dikejutkan gol awal oleh Nguyen Anh Duc seawal minit ke 6.
Gol ini terhasil melalui gerakan pantas Vietnam. Ketika barisan pertahanan negara belum bersedia satu hantaran lintang berjaya disambar oleh pemain veteran Vietnam Nguen Anh Duc.
Gol Nguyen Anh Duc yang dikatakan offside. Cuba korang tengok video dan gambar di bawah ni.

Apa pendapat anda? Admin memang nampak ada sedikit offside oleh pemain yang menghantar bola ke Nguyen Anh Duc tu tapi biasalah reff pun manusia. Yang menjadi masalah bila kita tak dapat menjaringkan gol.
Ada beberapa perkara yang kami nampak dalam game ini. Antaranya ialah :-

1) Corak permainan yang diterapkan oleh Tan Cheng Hoe amat positif. Permainan offensive menyaksikan kita banyak menguasai perlawanan. Kalau diikutkan statistik, kita berkelebihan dari segi possesion , malahan shot on target juga melebihi tuan rumah.
Cuma malang gol yang dicari tidak kunjung tiba hingga ke penghujung perlawanan. Tan Cheng Hoe perlu kekal dengan strategi sebegini cuma perlu penambahbaikan.

2) Zaquan dan Norshahrul tidak mampu untuk bersaing dengan pemain pertahanan Vietnam. Kami agak terkejut apabila Norshahrul kekal sehingga minit ke 70 dan Zaquan masih beraksi sehingga tamat perlawanan. Kami mengharapkan Tan Cheng Hoe mengubah posisi ini seawal minit ke 60 bagi memberikan ruang pengganti mendapat rentak.
Kemasukan Shahrel, Syafiq Ahmad dan Shahrel Fikri pada kira-kira 15 minit terakhir perlawanan sukar untuk mengubah keputusan. Apatah lagi ketika itu skuad negara dalam keadaan teramat tertekan untuk mendapatkan gol. Pasti sukar untuk mereka menyerap tekanan tersebut pada hujung permainan.
Kami menjangkakan pada awalnya mungkin ada perubahan samada Zaquan/Norshahrul direhatkan dan dimasukkan pemain yang lebih muda dan kuat pada awal perlawanan. Namun itu tidak berlaku. Kenapa? Sebab pada perlawanan pertama tempoh hari kita dapati Norshahrul dan Zaquan tidak mampu bersaing dengan pemain pertahanan lawan secara fizikal.
Mungkin tenaga muda pada awal mampu memberi kesan dan pengalaman digunakan pada minit-minit akhir perlawanan. Tetapi Tan Cheng Hoe mempunyai sebab tersendiri.

3) Perlu ketua pasukan yang lebih berkaliber. Mungkin Shahrul Saad boleh mengambil tugas itu pada masa hadapan. Meletakkan ketua pasukan yang berada di barisan serangan bukanlah satu yang bagus. Ini kerana pemain serangan tidak nampak posisi dibawah. Pemain bawah lebih sesuai menjadi ketua pasukan.

4) Seperti yang kita ketahui, Malaysia kekurangan penyerang berbisa. Di Liga Malaysia sukar nak mencari penyerang yang mampu berada Top 5 dalam pencarian kasut emas. Dengan kebergantungan pasukan kepada para pemain import menyukarkan lagi untuk jurulatih mencari pemain penyerang yang hebat.
Sudah tiba masanya para pemain terutama posisi penyerang untuk berkelana. Mungkin di liga ASEAN sekalipun tapi pastikan dapat bermain secara ‘regular’. Ia penting bagi mendapatkan ‘confident’ bila berada di hadapan gawang. Gandingan Zaquan dan Norshahrul mungkin tidak mampu beraksi lagi 2 tahun tapi sekarang ni dah boleh mula mencari pemain yang sesuai.
Ligakampung.com menunggu pemain seperti Nik Akif, Hadi Fayyad dan beberapa pemain untuk mengisi kekosongan pemain veteran dalam skuad senior.

5) Corak permainan Vietnam cukup berdisplin. Kalau kita lihat walaupun barisan pemain negara melakukan serangan namun kebanyakannya tidak mampu menembusi benteng pertahanan lawan. Mereka ampuh bertahan dan melakukan serangan balas yang cukup berbisa.

6) Layangan kad kuning yang cukup banyak. Tak silap kami ada 10 kad kuning. Dan pada separuh masa pertama dah ada 7 layangan kad kuning. Kami mengharapkan kad merah untuk pemain Vietnam terutama pemain di barisan pertahanan namun mereka dapat mengawal emosi sebaliknya Shahrul Saad pula yang kena kad merah pada penghujung perlawanan.
Mungkin kena ada seorang strategis di dalam padang itu untuk menggunakan kelebihan layangan kad kuning tersebut.

7) Bola mati yang kelaut pada hari ini. Hampir separuh dari sepakan sudut yang dilakukan memang tak menjadi. Terlalu rendah dan tak menuju ke sasaran. Tak tau kenapa terjadi hari ni. Nampaknya Tan Cheng Hoe kena buat satu sessi untuk mempertajamkan situasi bola mati. Safawi Rasid juga tidak menjadi dengan sepakan percuma. Samada terkena wall Vietnam ataupun bola terlalu hampir kepada penjaga gol Vietnam.

8) Nasib juga tidak menyebelahi kita. Selain gol offside, terdapat 2 percubaan awal separuh masa pertama yang kami rasakan terbaik. Satu adalah backheel dari Sumareh yang hanya beberapa inci sahaja dari tiang gol dan satu lagi sepakan Syahmi Safari yang berjaya dikuis oleh penjaga gol Vietnam. Mungkin keputusan boleh berubah sekiranya gol tersebut dapat dihasilkan.

9) Tekanan memang tertumpu kepada barisan negara. Mungkin tekanan untuk mencari 2 gol amat tinggi. Ia sekaligus menyukarkan barisan negara untuk menghasilkan gol. Tapi itu sepatutnya bukan alasan sebab barisan negara dah cukup berpengalaman menghadapi situasi ini.

10) Walaupun barisan tengah gandingan Syamer Kutty dan Akram bermain baik tetapi kita masih perlukan ‘backup’ untuk pelan B. Dalam perlawanan ini Syamer akan tenggelam berbanding ketika aksi pertama tempoh hari. Mungkin ada kepenatan selepas aksi tempohari. Akram bermain baik tetapi ada kalanya terdapat ruang yang ditinggalkan yang menyebabkan barisan pertahanan negara terpaksa bekerja keras terutama ketika ‘counter attack’. Mungkin juga Faiz Nasir (bekas pemain Terengganu dan sekarang ke Selangor) boleh masuk dalam team Malaysia akan datang. Admin minat dengan style beliau walaupun bertubuh kecil namun mantap mengawal barisan tengah .

 

 

Okay cukup panjang pula Admin menaip hari ni. Apapun kami di Ligakampung.com mengucapkan syabas kepada barisan pemain negara. Melangkah ke peringkat akhir merupakan satu pencapaian baik. Mungkin selepas ini kita kena target lebih tinggi iaitu cuba untuk layak ke Kejohanan Asia pula. Sebab kalau kita tengok, Vietnam dan Thailand sudah mula bersaing di peringkat Asia jadi kita pun mampu juga.
Berdasarkan prestasi pemain bawah 23 dan 19 tidak mustahil kita mempu berada di dalam Kejohanan Asia secara merit. Semoga berjaya Harimau Malaya…
Sambil tu dengar lah lagu dari Zizi Kirana ni untuk hiburan sebab takleh move on kalah tadi ye…

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)