LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

GOl Faizal Saari bawa skuad hoki Malaysia ke akhir

Skuad hoki lelaki Malaysia membuktikan kegagahan di Asia apabila mengesahkan tempat ke perlawanan akhir Kejohanan Hero Piala Asia 2017.
Melangkah ke perlawanan akhir buat kali pertama menjadi kenyataan selepas mencatat keputusan 1-1 ketika menentang Korea Selatan dalam perhitungan saingan Super 4 yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Maulana Bhashani, Dhaka, Bangladesh.
Kejayaan memungut satu mata sudah cukup untuk meletakkan pasukan negara berada di tangga kedua sekaligus akan membawa skuad negara ke perlawanan akhir.

Dalam aksi tersebut kedua-dua pasukan cuba untuk mendapatkan jaringan awal namun buntu. Hanya pada minit ke 24 pemain Korea Selatan, Yang Jihun yang mendapat peluang pukulan sudut penalti berjaya mencetak jaringan pada minit ke 24.
S. Kumar yang pernah dinobatkan penjaga gol terbaik dunia sekali lagi bertindak cemerlang apabila banyak menafikan percubaan pasukan Korea untuk mendapat gol kedua.

Impian skuad negara yang hampir terkubur namuun pukulan sudut penalti dua minit sebelum tamat memberikan ruang. Faizal Saari yang patah 4 batang gigi dalam kejohanan ini memanfaatkan peluang dengan flik di sudut atas pintu gol Korea Selatan sekaligus menceriakan kem negara.
Korea Selatan cuba mencari gol namun agak terlewat apabila barisan pemain negara ampuh bertahan sehingga tamat perlawanan.

Tahniah kepada skuad negara. Pasti perlawanan akhir menentang India lebih mencabar kerana sebelum ini pasukan bimbingan Stephen Van Huizen tumpas teruk kepada pasukan India pada perlawanan sebelum ini. Semoga kali ini lain pula keputusan pada perlawanan akhir nanti.

Please follow and like us:
error0

One thought on “GOl Faizal Saari bawa skuad hoki Malaysia ke akhir

  1. Alhamdulillah.. dapat mara ke pusingan akhir.. good luck pasukan Malaysia.. I know you can do it.. Malaysia Boleh!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)