LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Goh V Shem/Tan Wee Kiong Tersingkir di Suku Akhir Terbuka India 2017

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Beregu utama lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong gagal meneruskan cabaran mereka di kejohanan badminton Siri Super Terbuka India di Stadium Tertutup Siri Fort di New Delhi, hari ini.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016 yang juga pilihan utama kejohanan tewas 15-21, 17-21 di suku akhir kepada pilihan kelima, Li Junhui-Liu Yuchen dari China.

Li Junhui Liu Yuchen

Ini merupakan kekalahan kedua dalam bulan ini bagi pasangan negara kepada pasangan China yang telah menumpaskan mereka dalam aksi suku akhir Seluruh England pada awal bulan ini.
Pasangan China itu yang juga naib juara Seluruh England baru-baru ini, kini akan berdepan beregu Indonesia, Ricky Karandasuwardi-Angga Pratama di separuh akhir esok..

Keputusan ini pasti bukan petanda yang baik untuk pasangan badminton negara yang telah kehilangan posisi selaku pemain no 1 dunia. Mereka perlu mencari ramuan terbaik untuk memastikan dapat kembali bangkit pada kejohanan akan datang lebih-lebih lagi dalamĀ  persediaan Kejohanan Dunia nanti.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)