LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Goh V Shem/Tan Wee Kiong juara kejohanan Badminton Amerika Syarikat 2015

Pemain beregu Malaysia, Goh V Shem/Tan Wee Kiong akhirnya berjaya mendapat kemenangan pada tahun ini.
Pemain beregu negara ini berjaya menjuarai kejohanan badminton Grand Prix Amerika Syarikat 2015 yang berlangsung di Kelab Badminton Orange Country, California.

Pasangan negara yang sedang dalam mengumpul mata mengejar kelayakan Olimpik ini berjaya menumpaskan pasangan Rusia, Vladimir Ivanor/Ivan Sozonoc dengan keputusan 21-14, 21-17.
Ia juga merupakan kemenangan bagi membalas kekalahan mereka kepada pasangan Rusia ini di kejohanan Terbuka Rusia pada Julai lalu. Ini juga merupakan kemenangan pertama bagi kejohanan siri Terbuka semenjak digandingkan September tahun lepas.

Goh V Shem dan Tan Wee Kiong menjulang trophy kejuaraan
Goh V Shem dan Tan Wee Kiong menjulang trophy kejuaraan

Kemenangan terakhir adalah memenangi Kejohanan Sukan Komanwel pada tahun lepas.
Pasangan ini yang berkedudukan tempat ke 15 dunia perlu berada dalam lingkungan 16 pemain terbaik dunia sebelum April tahun depan sekiranya ingin beraksi di kejohanan Olimpik 2016 di Rio, Brazil.

Beregu negara ini akan menyertai kejohanan Mexico City yang bakal bermula esok dan mengharapkan satu lagi kemenangan untuk memperbaiki kedudukan.
Semoga beregu negara ini tidak berpuashati kerana kejohanan ini agak kecil dan pasangan ternama tidak mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)