LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Goh Liu Ying bakal kembali dengan gandingan baru

Pemain badminton beregu campuran negara Goh Liu Ying yang mengalami kecederaan berpanjangan akan digandingkan dengan pasangan muda.
Beliau yang sebelum ini bergadingan dengan Chan Peng Soon berjaya mencapai banyak kejayaan termasuk menjadi pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 dan juga naib juara Kejohanan All England pada Mac lalu.
Walaubagaimanapun kecederaan bahu menyebabkan beliau terpaksa berehat panjang dan kini telah mula mampu beraksi.

Liu Ying, 28 tahun kembali selepas enam minggu dan kali ini digandingkan dengan Chen Tang Jie yang berusia 19 tahun. Untuk permulaan, pasangan ini akan memulakan aksi di Kejohanan Cabaran Antarabangsa India pada 29 November – 3 Disember dan Kejohanan Cabaran Antarabangsa Maldives di Male dari 5 -10 Disember.
“Saya telah berlatih selama tiga minggu yang lalu tetapi saya masih belum mencapai 100% lagi. Saya masih perlu memperbaiki kekuatan saya.

“Cabaran pertama saya adalah untuk membentuk gandingan yang baik dengan Tang Jie. Berbeza ketika bergandingan dengan Peng Soon, ini adalah kali pertama saya bermain dengan pemain junior dan saya sangat teruja dengannya”
” Sebelum ini ketika di Liga Purple tahun lepas, saya beraksi berhadapan dengan Tang Jie dan dia seorang pemain menyerang yang agak baik, ” katanya.

chen tang jie
Chen Tang Jie (depan), pemain muda yang bakal beraksi dengan Goh Liu Ying

Sementara itu, Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Michelle Chai mengesahkan bahawa Tang Jie adalah antara enam pemain dari Petaling Badminton Club (PBC) yang telah mengesahkan tempat mereka dalam persediaan kebangsaan.

“Mereka telah diberikan surat dan kami menunggu pengesahan mereka. Jurulatih kami telah membuat semua pengaturan untuk memudahkan mereka ke dalam pasukan, “kata Michelle.

Lima pemain lain adalah pemain beregu lelaki, Man Wei Chong, Kwek Yee Jian, Soh Wooi Yik, Tan Chee Tean dan Ian Wong. Chee Tean meninggalkan BAM pada Jun untuk menyertai PBC.

Sumber :- The Star

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)