LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Goh Jin Wei sekadar naib Juara Terbuka Taiwan 2017

Pemain badminton wanita negara memberikan sedikit kegembiraan kepada peminat sukan badminton negara apabila berjaya menjadi naib juara dalam Kejohanan Badminton Terbuka Taiwan 2017.
Goh Jin Wei, pemain berusia 17 tahun dalam ranking ke 44 dunia melangkah ke akhir namun terpaksa akur tumbang kepada Saena Kawakami pemain Jepun dalam ranking 59 dunia . Dalam perlawanan yang berlangsung selama 39 minit itu, Goh Jin Wei tumpas dengan keputusan 17-21, 17-21.

goh jin wei
Masih banyak yang perlu diperbaiki oleh Goh Jin Wei sebelum bergelar juara

Perlawanan tersebut melihatkan Goh Jin Wei mempunyai potensi yang besar terutama dalam aksi serangan namun dari segi pertahanan masih banyak yang perlu diperbaiki. Selain itu, terdapat kesilapan yang membenarkan lawan mendapatkan mata-mata mudah sekaligus mendominasi perlawanan.
Apapun kami di Ligakampung.com tetap mengucapkan tahniah kepada Goh Jin Wei tetapi jangan terlalu berbangga dengan keputusan ini sebab masih banyak yang perlu dilakukan. Kalau diperhatikan laluan ke akhir, kesemua pemain yang ditentang adalah pemain yang berada di belakang ranking beliau.
Malahan juara Saena juga bukanlah berada di atas ranking jadi pencapaian ini belum boleh dikatakan HEBAT.

saena kawakami
Juara Badminton Terbuka Taiwan, Saena Kawakami yang berusia 20 tahun

Jadi Goh Jin Wei perlu meningkatkan tahap prestasi kerana usia Saena Kawakami juga masih muda iaitu berumur 20 tahun dan pernah menjadi juara kejohanan ini pada tahun lepas. Ini bermakna mereka akan mempunyai banyak masa untuk bertarung sesama sendiri pada masa akan datang.

Semoga beliau berjaya.

Bagi pemain lain pula seperti Lee Zii Jia dan pemain beregu Chooi Kah Ming/Low Juan Shen perlu memperbaiki lagi prestasi sekiranya ingin berjaya dalam sukan badminton ini.

|Dapatkan Satu Set Badminton Li Ning Dengan Harga Mampu Milik |

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)