LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Goh Jin Wei menang Olimpik Belia

Pemain badminton negara, Goh Jin Wei berjaya mencipta sejarah wanita pertama memenangi emas Olimpik Pertama Malaysia. Tapi bukanlah Olimpik yang biasa sebaliknya dalam Kejohanan Olimpik Belia yang berlangsung di Buenos Aires, Argentina.
Pemain berusia 18 tahun itu berjaya menumpaskan pemain pilihan pertama dari China , Wang Ziyi dalam perlawanan akhir dengan keputusan 16-21, 21-13, 21-19.
Dengan kemenangan ini Malaysia berjaya mencapai sasaran satu pingat emas dalam Kejohanan kali ini. Kejayaan ini juga membuktikan kehebatan beliau yang pernah memenangi Kejohanan Remaja Dunia pada tahun 2015 ketika baru berusia 16 tahun.

Untuk makluman, sebelum ini pemain perseorangan lelaki negara Cheam June Wei juga pernah memenangi emas dalam acara beregu campurang ketika berpasangan dengan atlet Hong Kong Ng Tsz Yau tetapi emas itu tidak dimasukkan dalam senarai pingat kerana bertarung atas negara campuran.

| Goh Jin Wei menang emas Sukan SEA |

Tahniah Ligakampung.com ucapkan kepada Goh Jin Wei tapi masih jauh perjalanan beliau. Semoga selepas ini beliau cuba untuk mensasarkan bagi memenangi kejohanan yang lebih tinggi taraf dimana disertai oleh pemain senior. Tak mustahil kalau lepas ini emas Olimpik 2020 pula cuba digapai.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)