LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Goh Jin Wei juara Remaja Dunia , Beregu Wanita rangkul naib juara

Pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei berjaya membuat penampilan terakhir dalam Kejohanan Badminton Remaja Dunia dengan catatan sejarah selepas dinobat juara.
Goh Jin Wei yang pernah merangkul juara perseorangan wanita remaja dunia pada tahun 2015 ternyata terlalu kuat buat pemain dari Denmark, Line Christophersen apabila ditumpaskan dengan straight set.
Jin Wei, 18 berjaya menang dengan mata 21-13,21-11 dalam perlawanan yang berlangsung di Markham. Kanada pagi Isnin.

Bagi pasangan beregu wanita pula, kemampuan pasangan Tan Pearly/ Toh Ee Wei tersekat di peringkat akhir selepas tumpas kepada pilihan pertama dari China Liu Xuanxuan/Xia Yuting dengan keputusan 21-16, 21-16.
Ia juga merupakan pencapaian membanggakan bagi pasangan pilihan ketiga kejohanan itu.

Tahniah kepada Goh Jin Wei dan barisan pemain beregu wanita. Cuma bagi kategori lain mungkin perlu ada peningkatan selepas ini.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)