Langgan







Baca artikel-artikel ligakampung di emel .. Sila masukkan emel anda:

Delivered by FeedBurner

Santai

My Facebook

Enai10 Directory

BlogMalaysia.com

Genius rekacipta, Zulkifli Haron

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni tertarik dengan satu artikel mengenai pereka ternama tanahair, En. Zulkifli Haron. Beliau memang dikenali dengan ciptaan yang hebat seperti kereta solar, mesin dodol dan sebagainya.. Beliau yang digelar MacGyver Malaysia pada awalnya bukanlah seorang pelajar pintar namun usaha dan kesungguhan menjadikan beliau berjaya dalam bidang yang diceburi.

Sedikit kisah beliau yang diceduk dari Mega, sisipan Utusan..

” Zulkifli meminati bidang reka cipta sejak di bangku sekolah rendah lagi.
Semasa kecil , beliau pernah dimarahi ayahnya kerana membuka televisyen dan kipas angin di rumah semata-mata untuk mengetahui bagaimana alat-alat dihasilkan.
bla..bla..bla..
Setelah tamat pendidikan sekolah, beliau ke Institut Kemahiran Mara untuk menajamkan bakatnya dan mengambil jurusan penghawa dingin..
Berkat usaha dan kegigihannya beliau mencari ilmu hingga berjaya ke Jepun dan Jerman.. Dan akhirnya ilmu-ilmu tersebut diaplikasikan di Malaysia’

Teringat masa awal tahun 90-an kereta ala-ala Knight Rider yang mampu bergerak sendiri tanpa dipandu.. Antara ciptaan beliau yang agak popular ketika itu .. Walaupun ciptaan beliau tidak digunakan secara meluas namun ianya memang mengkagumkan..

Walaupun memiliki kemahiran menghasilkan mesin-mesin dan peralatan mengkagumkan namun beliau tidak lokek dengan ilmunya. Bersandarkan niat mahu berkongsi kemahiran, beliau telah menghasilkan buku mengenai kisah kejayaannya. Malahan beliau memberikan 500 naskah buku beliau kepada sekolah-sekolah dan persatuan secara percuma.. Buku ini yang berteraskan motivasi dan sokongan moral kepada generas akan datang agar mereka menjadi kumpulan pencipta yang benar-benar kreatif..
Semoga akan ada lagi pereka cipta yang akan terhasil.. Harap usaha beliau lebih dihargai oleh orang luar.. Ye lah jika selama ini banyak anugerah diberikan kepada artis-artis, apa kata sesekali bagi kepada genius seperti En Zulkifli ni..

Boleh juga tengok laman web beliau di zulldesign.com.my .

p/s:- Agak malang.. Website beliau tak dapat dibuka waktu ni (23.12.08 ,8.28 mlm) Bandwith limit.. Mungkin ramai yang menerjah ke sana selepas terbaca sisipan Mega ni..

Related Posts with ThumbnailsJumlah yang melihat entri ini: 147
delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.

7 comments to Genius rekacipta, Zulkifli Haron

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>