Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sementara belum tido dan menunggu download 100 % saya membaca satu isu.. Walaupun isu ni tidak penting mana pun mungkin kita dapat memberi pendapat samada Allahyarham Sudirman perlu mendapat gelaran atau sebaliknya.

Kredit gambar dari :-mfactor.com.my
Mungkin dari segi sumbangannya beliau patut mendapat anugerah yang setimpal. Jika orang luar boleh mendapat gelaran yang tinggi, tak salah kalau kiranya Allahyarham diberi gelaran untuk dikenang oleh rakyat Malaysia..Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 37 tahun pada 22 Februari 1992 merupakan seorang artis berjiwa rakyat… Beliau yang pernah mengadakan konsert terbuka di Chow Kit Road tidak terlalu memikirkan tentang kemewahan..
Kalau kita perhatikan lagu-lagu beliau dekat dihati peminat. Memang beliau merupakan artis terbaik kerana selain dari mempunyai suara yang bagus , pendidikan beliau juga tinggi..
Mengingati Sudirman, saya pernah melihatnya secara live ketika mengikuti pertandingan merentas desa masa sekolah rendah dulu.. Masa tu beliau masih sihat dan menjadi artis jemputan dalam program tersebut..
Bukan sekadar menyanyi, sebenarnya beliau juga boleh berlakon.. Sesiapa pernah tengok cerita ‘Kami’ mesti salute dengan lakonan beliau sebagai budak jalanan.. Dan lagu ‘Pelangi Petang’ dalam filem tersebut memang antara lagu yang best dinyanyikan oleh Sudirman .
Jadi adakah apa pendapat anda??Patutkah beliau diberi gelaran setelah 17 tahun beliau meninggalkan kita? Wallahualam.. Kita pklah sendiri..
Sebelum tu Tengok youtube lagu ‘Pelangi Petang’ dari filem ‘Kami’..
Cuba dengar lagu
Lirik :-
Pelangi Petang
Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku
Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya…
( korus )
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua…
( ulang dari korus )
RSS Feed
Twitter



February 25th, 2009
zool
Posted in
Tags: 


dh lupe la camne cite kami ni.. ade sesapa bleh bg sumber utk download cite ni??
Reply
toookuuu..hehe lupa pula ejaan nama watak arwah dalam cerita tersebut..
aku pun merasa jugak tengaok arwah perform live masa aku kanak-kanak dulu.arwah ni pendek jer seingat aku hehehe…
aku rasa vcd cerita tu ko leh usyar kat musicvalley
Reply
TooKoo .. kalau tak silap macam tue la nama dier…
Reply
aku suka giler ngan lagu arwah
memang best especially lagu warisan
semua lagu2 dekat je ngan rakyat kan
Reply
btul2…saye pun tertunggu2 bile la allahyarham nak dpt Datuk..
lagipun, allahyarham punye lagu semua best2~
Reply