LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Gelaran juara dunia keirin terlucut

Nampaknya gelaran juara dunia keirin bagi pelumba trek kebangsaan, Azizulhasni Awang hanya bertahan setahun sahaja.
Ini berikutan Azizul tersingkir pada pusingan pertama pada Kejohanan Trek Dunia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCl) 2018 yang berlangsung di Apleldorn, Belanda, semalam.

Pada aksi yang berlangsung di Velodrom Omnisport itu, Azizulhasni tersingkir biarpun berada dalam saingan penyisihan (repechage) selepas tumpas di belakang pelumba Ukraine, Andrii Vynokurov.
Sebelum itu, ‘The Pocket Rocketman‘ tewas kepada Fabian Hernando Puertas Zapata dari Columbia dan Jordan Castle dari New Zealand.

Pelumba muda negara, Shah Firdaus Muhammad Shahrom juga gagal ke pusingan kedua selepas turut tersingkir pada saingan penyisihan.
Antara pelumba yang layak ke pusingan kedua saringan pertama adalah Matthew Glaetzer (Australia), Fabian Hemandi Puertas Zapata (Colombia), Juan Peralta Gascon (Sepanyol), Maximilian Levy (Jerman), Yuta Wakimoto (Jepun) dan pelumab tuan rumah, Harrie Lavreysen.

Dalam saringan kedua pula ialah pelumba yang layak ialah Hugo Barrette dari Kanada, Jack Carlin (Great Britian), Joachim Eilers (Jerman), Tomoyuki Kawabata (Jepun), Matthijs Buchli (Belanda) dan Andrii Vynokurov (Ukraine).

Azizulhasni, yang dinobatkan sebagai Alet Terbaik pada majlis Anugerah Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) 2017, malam semalam, dijadualkan beraksi dalam acara pecut 200m pada Jumaat. – Bernama

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)