Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Setiap hari kita membaca berita-berita menakutkan di dada akhbar. Kisah pembuangan bayi, pembunuhan, rogol , samun, penyalahgunaan dadah, rasuah merupakan kes jenyah yang menunjukkan betapa runtuhnya moral di kalangan rakyat kita. Keadaan ini juga menunjukkan betapa nilai-nilai kemanusiaan makin hilang dalam diri manusia itu sendiri. Masalah yang berlaku ini akan memberi kesan terhadap pembangunan negara. Dengan kadar jenayah yang meningkat, pembangunan sedikit sebanyak akan terganggu. Bayangkan sekiranya setiap hari berlaku jenayah, orang ramai sudah pasti takut untuk melakukan aktiviti seharian manakala peniaga pastinya tidak berani untuk mengambil risiko dengan membuka kedai lebih dari waktunya.
Mengapa agaknya ini terjadi? Mungkin ramai dari anda mempunyai pandangan sendiri tentang perkara tersebut. Untuk entri ini 3 isi penyebab utama dibincangkan :-
1. Terlalu mengejar material merupakan antara penyebab utama sukar untuk membendung jenayah-jenayah. Ini bukan bermaksud harta tidak perlu dicari namun perlu dalam keadaan ‘adil’ antara pencarian harta dunia dan akhirat. Kalau diperhatikan di zaman moden ini, manusia lebih sibuk mencari duit sehingga sanggup melakukan perkara yang ditegah oleh agama dan undang-undang. Perkara ini perlu dibendung kerana mereka yang mencari harta sebegini akan menyebabkan berlakunya penindasan terhadap insan yang lemah.
Selain itu, pengejaran material yang melampau juga sering menyebabkan individu tersebut lalai menunaikan tanggungjawab sosial samada terhadap keluarga ataupun masyarakat. Disebabkan itulah kurangnya perhatian terhadap keluarga dan kawasan kejiranan. Ini berlaku bila ibubapa seharian mencari duit tanpa mengikuti perkembangan keluarga dan kawasan setempat. Bila kurang perhatian, maka akan timbulnya jenayah yang berlaku oleh mereka yang perlu diberi perhatian.
2. Kurangnya nilai-nilai murni yang diterapkan dalam diri. Seperti yang kita ketahui, pegangan agama penting bagi memberikan landasan dalam hidup. Tanpa agama manusia akan terpesong kerana tiada sempadan hidup. Mungkin ramai yang mengatakan agama mengongkong tetapi dengan kongkongan itulah menyebabkan hidup lebih aman. Sebaliknya dengan kehidupan bebas tanpa sempadan pula akan mengucar kacirkan kehidupan di dunia ini. Nilai-nilai murni bukan mudah untuk diterapkan, kadangkala masih terdapat individu yang rajin solat tapi masih mengumpat, memfitnah. Ini disebabkan oleh kurangnya penghayatan dalam solat itu sendiri.
Selain itu terdapat juga individu yang memperlekehkan agama dengan memberi alasan ‘ Kubur lain-lain’. Memang benar ‘ kubur lain-lain’ tetapi kalau bala menimpa, ianya bukan terkena pada mereka saja, orang yang tiada kena mengena akan terkena tempiasnya juga.
3. Pengaruh dari persekitaran juga menjadi penyumbang utama gejala sosial. Cuba kita lihat di sana sini, majalah hiburan merata-rata dijual dengan gambar-gambar yang menjadi perangsang kepada nafsu. Ditambah dengan media elektronik seperti TV, DVD, internet yang sukar dibendung. Kemudahan yang disalah guna untuk perkara yang tidak sepatutnya mengubah naluri manusia untuk bersikap ganas seterusnya mendorong mereka melakukan jenayah.
Gejala sosial ini perlu dibendung dengan segera bagi mengelakkan ianya merebak seterusnya merosakkan rakyat amnya. Setiap dari kita perlu mengembleng tenaga untuk mencari formula bagi menyelesaikan masalah ini.
Sekian. Terima kasih
p/s :- Minta maaf kalau baca entri ni macam karangan budak sekolah. Saja je nak buat topik isu semasa yang mungkin bersesuaian untuk digunapakai oleh pencari keyword ‘pengucapan awam’. Kepada sesiapa yang ingin gunakan entri ini dialu-alukan. Tidak perlulah meminta izin tapi janganlah jual entri ini ..
RSS Feed
Twitter



February 15th, 2010
zool
Posted in
Tags: 


Kurang didikan agama sudah pasti. Namun yang paling membimbangkan ialah pengaruh media & persekitaran
Reply
zool
Reply:
February 16th, 2010 at 11:18
betul2 ti..
Reply
elok dan bagus entri ni, yg tak dah sekolah pun banyak gak gejala sosial…hehehe
Reply
zool
Reply:
February 16th, 2010 at 11:19
betul tu.. yg tak sekolah pun banyak buat jenayah
Reply
emm..melihatkan keadaan macam ni..kekadang rasa takut memikirkan generasi akan datang..
Reply
kerajaan xtegas..cuba wat hukuman sebat di khalayak rmai, sure rmai yg tkt py nk wat
Reply
zool
Reply:
February 16th, 2010 at 11:20
nak buat hukuman pasal minum arak pun berbulan2 tak dpt laksana.. ada je pengacaunya
Reply
risau aku tgok keadaan jenayah dkt malaysia sekarang
Reply
”kubur lain-lain”.apa tu.pentingkan diri sendiri ke.
jika mati nanti.aku jugalah yang kena gali kubur tu.
aku jugalah yang kena mandikan jenazah tu.aku jugalah
yang kena kapankan jenazah tu.kebumikan aku juga.
boleh ke seseorang lakukan.sedang dia pun sudah tidak bernyawa.fikirkanlah………………
Reply
zool
Reply:
February 16th, 2010 at 11:22
tak tau nak kata apa.. memang byk manusia camtu.. bila nasihat kita diherdiknya camtu.. wallahualam
Reply
sekarang dunia makin menjadi² dengan kekejaman yg x putus²…
huhuhu
salam singgah kembali..
Reply
zool
Reply:
February 16th, 2010 at 17:45
yup semua disebabkan oleh manusia..
binatang pun tak sekejam manusia..
Reply
entri yg cukup berisi(sebenarnya dah x tahu nak komen apa lg)
Reply
lebih bagus lagi jika dapat disertakan statistik setiap masalah sosial utama spt buang anak,ragut dsb.
Reply
zool
Reply:
June 6th, 2010 at 19:14
ni yang basic je.. buat formal..
kalau ikut statistic kena buat thesis..
dpt maklumat sebenar dari pihak berkaitan
Reply
sbnrnya mkbpk bdk2pun ramai yg x amalkan islam,tu yg ank2 yg dididik perangai mcm setan,dh x ikut suruhan tuhan,tu dpt mcm2 bala..krn nila sititik rosak susu sebaldi.
Reply
Mengapakah gejala sosial semakin meningkat?adakah terlalu memikirkan dan mengejar material sehingga sanggup melakukan apa saja asalkan hasrat tercapai? Dalam hal ini semua pihak perlu bersama-sama memikirkan punca berlakunya gejala ini dan sama-sama mencari langkah yang sesuai bagi membanteras masalah ini. Semua pihak dari pihak yang paling tinggi iaitu pembuat dasar pendidikan sehinggalah ke tahap yang paling rendah iaitu guru, ibu bapa dan pelajar sendiri termasuk golongan cendekiawan. Semua punca gejala ini bersangkut paut antara satu sama lain. Oleh itu kita perlu berganding bahu untuk mengatasi masalah ini. Seorang doktor yang melakukan kesilapan kepada pesakitnya boleh sahaja menanam pesakitnya tanpa melibatkan orang lain tetapi jika seorang “guru” ( guru sekolah, ibu bapa, pensyarah) membuat kesilapan sebuah negara akan hancur dan musnah. Oleh itu marilah kita bersama -sama bersatu hati membendung gejala ini . Gejala sosial boleh memusnahkan jati diri bangsa Malaysia.
Reply
Sebenarnya semua ini boleh dikatakan sebagai “bencana”, bkn bencana alam, tetapi bencana bagi hati manusia iaitu rohani. Awal2 lagi dah dikatakan yg pada akhir zaman nanti, semua manusia akan ditimpa penyakit al-wahan, iaitu penyakit cinta dunia dan takut mati. Anggap sahaja inilah penyakit yg amat merbahaya, sama merbahayanya seperti AIDS/H1N1. Kerana, jika kita tak tanganinya sekarang, dibimbangi populasi manusia akan pupus sedikit demi sedikit nanti,(yelah kalau dah orang asyik buang anak, bunuh membunuh dan sbgnya mana kan ada lagi manusia kemudian tak gitu), sebagaimana penyakit fizikal iaitu AIDS/H1N1 itu tadi. Kembalilah kepada Al-Quran dan As-sunnah. Paling penting kembalikanlah keunggulan institusi agama sepertimana zaman rasulullah. Janganlah anggap lagi agama sebagai mengongkong dan ketinggalan zaman. Tak ada yang ketinggalan zamannya kalau bab2 agama ni. Kan Al-Quran tu kitab sepanjang zaman?
Reply
terima kasih sbb buat entri nie….sy ngan kawan saya ada copy entri sbb kitaorg kna wat pengucapan awam…..terima kasih skali lg sbb membantu….best la entri ni
Reply