Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Pergi lagi gathering komuniti gengblogger. Kali ini di Shah Alam pula. Gathering yang diadakan pada 28 Ogos 2010 berbeza dengan gathering di Putrajaya sebab diadakan pada bulan Ramadhan dan disertakan dengan permainan bowling di Plaza Alam Sentral, Melaka. Berikut beberapa kejadian yang berlaku :-
1. Bergerak dari Melaka dalam pukul 1.00 dengan PusherAries. Mula-mula nak bawa blogger Sukur tapi beliau ada ketentuan lain pula. Takpelah mungkin hari lain kot.
2. Sampai dalam pukul 3 lebih. Nak parking sikit punya susah. Ramai umat datang sini . Nak beli barang keperluan raya kot.. Dah tiba di pusat bowling, tengok belum ramai lagi. Borak sekejap dengan Ichigo Miro (sekali pandang dekat dah hilang rupa Joey Exist dah… ) dan Azizan Kadir sambil tunggu adik, BDFabregas..
3. Blogger-blogger pergi layan bowling, si Zool n co gi layan karaoke kat tingkat 3. Ha hahaha. Ada gak yang perasan ketidakhadiran si Zool kat game bowling tu. Pn Asfieda. Siap dia samakan si Zool dengan biskut ‘Chipsmore’ plak tu.. Eh ada rupa biskut ke diriku ini??? Huhuhuhuhuhu..
4. Lepas layan gambar, kena beli makanan untuk berbuka puasa. Pergi ke bazar yang terletak di belakang Kompleks PKNS. Tak banyak pilihan tapi layan je kuih udang, karipap ngan air mata kucing. Tak makan berat-berat..
5. Dah selesai beli nak cari Dataran Shah Alam plak. Mula-mula ingatkan dekat je tapi kena naik kereta. Dekat 15 minit juga nak cari sampai terpaksa telefon Joe.. Harap je penah bermastautin 2 tahun kat Shah Alam. Dataran Shah Alam pun tak tahu.. Tak guna betulkan… Pergh bila sampai memang mengujakan. FIrst time makan berbuka kat tengah padang. Ye lah mana ada buat camni kat kampung. Biasa makan kat dalam rumah je.. HUhuhuhuhuhu..
6. Azan pun berkumandang dan kami pun layan makan. Orang sebelah bagi french fries, Mc D .. Tq bro n babe.. Den tak tahu nama korang .. Huhuhuhuhu.
7. Disebabkan masa yant terbatas, si Zool n co terpaksa pulang selepas berbuka di dataran. Sori kawan-kawan tak dapat join sesi suaikenal lepas terawih tu ( tapi ada ke orang lain kesah??)..
8. Balik je dari Shah Alam tersilap jalan lah pula. Almaklumlah mata ni kureng sikit tapi alhamdulillah tak berapa jauh sesat. Dapat pusing-pusing dan sampai ke lebuhraya ELite. Sampai rumah semula dalam pukul 11 lebih.
Kira oklah gathering ni. Mungkin tempoh yang singkat susah sikit nak buat macam-macam aktiviti. Organizer, Joe memang terbaik. Tahniah..

Bergambar bersama artis , blogger Zack Entry..
Ops. Ada lagi gambar..

Blogger gi main bowling, Zool n co boleh layan lepak karaoke plak tu.. Layan 15 lagu..

Ambil gambar dekat bowling Plaza Alam Sentral..

Ramai yang dah melepakkan diri kat dataran Shah Alam tu..

Makan ala-ala picnic tu.. Siap bawa tikar mengkuang lagi tu..

Gambar kat Dataran Shah Alam.. Ramai gak blogger-blogger yang join..

Ha.. Penuh dah tong sampah. Kesianla kontraktor Majlis Bandaraya Shah Alam nak bersihkan nanti..
Gambar juga diambil dari karya orang lain iaitu Joe , Syahirul dan lain-lain tanpa izin.. Harap dibenarkan ye, tuan.
Sekian…
RSS Feed
Twitter



August 29th, 2010
zool
Posted in
Tags: 


wow.. meriahnya.. syok la korang pg ..
Reply
zool
Reply:
August 29th, 2010 at 14:50
meriah la.. dlm 60 org.. tapi kitorang segan2.. almaklumlah blogger picisan..
Reply
Looks happening this gengblogger gathering.
Reply
thanks for coming bro. gigih datang dari melaka..
Reply
zool
Reply:
August 29th, 2010 at 20:09
gigih.. jgn tak gigih.. tapi org layan boling kitorang layan k-box.. hahahah
Reply
haiyoyoyoy
da kali ke2 jumpe tp x sempat borak2 lg kan bro?
Reply
zool
Reply:
August 29th, 2010 at 20:11
huhuhu.. aaa.. tu le pasal.. ery ngan clique.. kitorang pemalu segan nak join..
kalau tak boleh je borak.. borak pasal lembu fidlot ke, ikan keli ke.. hahahahahha
Reply
artis la sangat aku ni..adeih
meriah tu memang meriah..salam kenal =)
Reply
zool
Reply:
August 29th, 2010 at 20:11
kira artis la tu.. dpt tempias zack zuhairy tu
Reply
uhukkkk!! betul tu. salah seorang blogger yg tak bertegur juaa
Reply
zool
Reply:
August 29th, 2010 at 21:10
takpe.. bertegur kat blog je pun blh
Reply
ouhh . kamu lah yg jap ade jap tade eh .
Reply
zool
Reply:
August 29th, 2010 at 22:47
jap ada jap takde?? ada org ngumpat ke??? eh blogger picisan pun diorang nak ngumpat ek?
Reply
innz
Reply:
August 29th, 2010 at 23:51
ouh tade .
saya yang perasan kamu jap ade jap tade .
hehe ;D
mase baru smpi kat bowling, kamu ade, pastu dah tade .
mase nk g solat mgrib, tererempak kamu dkt kete .
myvi putih kan ?
Reply
zool
Reply:
August 30th, 2010 at 08:07
myvi putih?? tu org lain dong.. myvi silver da..
ehhhhh… tak sempat nk cam kamu mana satu.. ehehehe.. patutla.. da balik rupanya
Reply
zool
Reply:
August 29th, 2010 at 23:40
ha ha ha.. tak yah cam2 kot.. bukan artis ..
Reply
len kli kn bt lebih pnjng skit mase..x sempat nk sembang sgt..tu pon skjp je ng bro smlm..tp ok la.sempat gak tegur,hehe..yg kli ni lbh meriah dr 1st artu kot
Reply
zool
Reply:
August 30th, 2010 at 08:11
tu le pasal.. kena buat start dari pagi gak.. kalau nak buat ice breaking tak sesuai ada game boling tu….
Reply
pergh bulan puasa layan bowling. Tak kering tekak ke?? Heheh…
Reply
zool
Reply:
August 30th, 2010 at 09:10
diorang layan boling.. aku layan melalak.. ala tekak kering biasa le
Reply
wah syok… dapat berjumpa dengan blogger2. berbuka puasa sama2 lak tuh..
Reply
zool
Reply:
August 30th, 2010 at 15:46
tule.. apsal tak join.. blh bikin group
Reply
memang best kan dapat berkumpul ramai-ramai..insyallah lain kali dapat join kot
Reply
zool
Reply:
August 31st, 2010 at 21:39
best.. first time berbuka ala2 picnic kat tgh padang tu
Reply
[...] ligakampung [zool] [...]