Gathering cincai member blogger di Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Alhamdulillah hari ini berjaya menjayakan gathering cincai geng blogger di Melaka bil 1/2010. Memang pertemuan ini tidak di jalankan secara teliti dan ‘adhoc’ la kiranya.
Walaupun tidak grand namun masih ada blogger yang sudi mengikuti ‘gathering’ cincai ini. Sebelum bercerita tentang aktiviti gathering tersebut elok kiranya kalau diperkenalkan dahulu blogger yang bersama-sama dalam aktiviti tersebut..

1. Loq – blogger yang dikenali dengan blognya Loqnerd.comnamun diberitakan akan menukar domain lain.. Untuk maklumat lanjut boleh tanya beliau sendiri. Beliau masih belajar di Tingkatan 5 tapi kesungguhan dalam menulis blog wajar dipuji.
Terdapat fakta menarik iaitu beliau merupakan anak kepada seorang guru yang pernah mengajar si Zool ketika sekolah rendah dulu ( kepada KPSU(PA), Peg Belia Pontian, KUrie tekalah sapa cikgu tu.. ALa cikgu yang pernah mengajar Sejarah ngan BM..)
Merupakan anak jati Melaka.
2. Ejam Othman – blogger pertama sampai ( Loq tumpang si ZOol, tak kira) dengan beg kamera Canon EOSnya. Secara jujurnya si Zool pun tak berapa familiar dengan blog beliau EjamOthman.com. Blog beliau simple dan mempunyai banyak topik dari personal hingga ke teknologi.
Mungkin beliau kureng dengan aktiviti yang dikendalikan oleh si Zool untuk gathering ini. Sori ek bro…
3. Neo.. Mungkin peminat kereta Satria Neo ataupun watak Neo dalam Matrik. Tapi tak kisahlah tu.. Pelajar UTeM yang bersama seorang gadis dalam keadaan ‘confuse’ ketika tiba. Almaklumlah mulanya si Zool janji tunggu di depan A Famosa tapi lepas tu tunggu dekat kerusi di depan Muzium berdekatan dengan tempat tersebut. Ha haha.. Silap tak minta no telefon sebelum ni..
Blog beliau Kehidupan vs Aku menceritakan perihal peribadi beliau. Si Zool pun baru je tengok-tengok blog beliau jadi tak dapat nak komen lebih.. Sori ye Neo.. Beliau juga membawa kamera DSLR berjenama Nikon. Berlawan dengan Ejam lah.. Memang nampak minat beliau terhadap fotografi sehingga pokok bunga pun di’snap’nya..
4.EV – apa makna EV tu tak tau le plak.. Anda tanyalah sendiri.. Seorang gadis dalam gathering ni. Datang bersama Neo. Almaklumlah beliau juga merupakan seorang pelajar UTeM yang sedang berjuang untuk mendapatkan markah terbaik. Blog beliau, Konflik Emora bercerita tentang kisah kehidupan beliau. Kalau tengok kat blog beliau, banyak permainan Photoshop dilakukan.
Kira budak senilah ni… Bukan seniwati atau seniman ek..
5. MaestroAmad – tak pahamlah apa yang maestro agaknya.. Tapi mungkin ada yang beliau hebat.. Budak MMU yang bakal menamatkan perjuangan dalam pelajaran tak lama lagi.. Blog beliau, A Walk To Remember lebih menceritakan tentang hal peribadi beliau. Sempoi dan aktif dalam forum gengblogger.
Agak lambat tiba disebabkan banyak perkara yang perlu diselesaikan.. Mula-mula ingatkan tak datang tapi tetap sudi menghadirkan diri.. Tq bro..


Ok cukup pasal peserta gathering. Sambung dengan aktiviti yang dilaksanakan. Seperti yang dimaklumkan ini adalah gathering cincai jadi memang takde tentatif disediakan jadi hentam sahaja.. Ini aktiviti yang dijalankan

1. Bowling di Mahkota Parade (MP). Biasalah kalau dah dekat area MP tu apa nak buat lagi, baling bola le jawabnya.. Ha haha . Si Zool memang tak pandai pun main bowling ni tapi biasalah bila main boling ni dapat melepakkan diri sambil menyakitkan tangan seketika.Si ZOol, Neo, Loq dan EV layan manakala Ejam rehat.. hahahaha.. kalau tengok prestasi, si Neo memang ada bakat dalam bidang boling ni. .
2. Karaoke.. Huhuhuhuhuhu. Kalau ikut si Zool kat MP memang mesti pekena nyanyi la.. Nampak gayanya gengblogger ni agak kureng layan aktiviti ni.. Ha hahaha.. Tapi cuba gak memaksa mereka layan bersama si ZOol. Neo , EV dan Maestro bersama-sama melalak. Ha haha.. Ada bakat memasing tapi segan-segan tu.. Loq dan Ejam segan-segan plak.. Ala rileklah suara si Zool lagilah cam itik serati selamba je layan.
Si Zool berjaya melayan lagu ‘ Mawi -Kian’, ‘Kagen – Jangan Menangis Lagi’ , ‘ Mamat Exist – Salju di Danau Rindu’ dan ‘Arrow – Ku Tak Marah’. Lagu Kagen 1st time nyanyi, starting tak ingat dan lagu Arrow memang tak leh blah langsung.. Lagu lain tu dah biasa, bolehlah sikit-sikit men’sumbang’kan pusat Karaoke tu.. Tapi agak malang hujan tak turun juga.. :(
3. Aktiviti makan di Restoran Asam Pedas Mak Mah (tak silap le..).. Sebenarnya ini kali kedua layan makan di sana .. Kali terakhir ketika bawa rombongan melawat menara taming sari 2 tahun dulu..
4. Menaiki Taming Sari. Ini juga kali kedua si Zool naik menara yang menjadi kebanggaan rakyat Melaka ni.. Mula-mula tengok paparan tiketnya RM20.. Mak aih mahalnya tapi setelah menunjukkan IC dapat potongan 50% diskaun.. Er kalau tunjuk pas Jabatan Ketua Menteri dapat diskaun berapa agaknya?? 80 % ke?? Ha haha.. Menaiki menara tersebut, pemandangan indah bandar Melaka dapat disaksikan dengan cantik.
Panorama Sungai Melaka, Bangunan-bangunan megah di Banda Hilir, Pulau Melaka, Pulau Upih dapat disaksikan. Penerangan yang diberikan dalam menara tersebut juga jelas dan ringkas. Untuk makluman, menara tersebut berputar sekitar 15 minit (naik dan turun). Kira oklah tu.. Bukan selalu naikkan.. Selain itu gambar paksaan juga diambil oleh pihak Menara Taming Sari.. Ala biasalah tu.. Nak tambah pendapatan syarikat.. Mahu tak mahu si Zool pun membelinya..
5. Panjat Bukit St Paul. Tempat ini merupakan kubu bagi pasukan Portugis ketika zaman penjajahan dulu. Di bukit ini ada beberapa batu bersurat yang ditulis dalam bahasa mereka. Pemandangan di atas bukit memang selesa sekali. Yang menarik perhatian si Zool bila ada peminta sedekah yang melakukan aktiviti berhampiran tangga atas bukit tersebut. Kuat gak beliau sebab bukan sikit anak tangga nak sampai tempat tu.. Memang berpeluhlah juga..

Cukuplah setakat ini untuk entri kali ini. Kepada peserta, kalau tak berapa sangat aktiviti ini dipohon maaf. Insyaallah kalau diizinkan olehNYa akan ada lagi gathering bil 2/2010 yang akan dilaksanakan dengan lebih baik. Insyaalllah.
Sebelum itu, berikut merupakan gambar-gambar yang disnap…

Kredit untuk Neo dan EV yang mengambilnya. Tambahan gambar terbaru dari EJam

Photobucket
Mula-mula berjumpa.. Biasalah malu-malu kucing.. huhuhu

Photobucket
Gambar berhampiran A Famosa didepan muzium Dunia Melayu Dunia Islam.. Er ada pameran tentang peralatan seksaan di dalam..

Photobucket
Gambar diambil oleh pengurusan Menara Taming Sari. Mahal woo.. RM35 satu gambar tu..

Photobucket
Dalam menara taming sari. Menunggu saat ianya berputar..

Photobucket
Lepak di atas Bukit St Paul sambil melepaskan lelah penat memanjat tangga.

p/s:- Ada beberapa gambar lagi dari Ejam .. Insyallah akan dipaparkan di sini selepas diterima.

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :2665
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

36 Responses to “Gathering cincai member blogger di Melaka”

  1. EVNo Gravatar says:

    confuse?hehehe

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    kan lama tunggu kat A Famosa.. nak datang memalu kan.. :)

    Reply

  2. kenwooiNo Gravatar says:

    you know.. i’ve never met any bloggers before.. haha..
    this entry surely depict fun while meeting them =)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ? u r very popular.. I think many blogger want to meet u…
    maybe at London u can meet bloggers .

    Reply

  3. mknaceNo Gravatar says:

    ^_^
    :) :) :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    :( :(

    Reply

  4. Luth TextileNo Gravatar says:

    jeles… kalau aku tau haritu ramai blogger melaka, aku hello la hang..
    adoi. aritu tak jadi pg.. nanti2 aku pg kalau da rezki lain :D

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ala.. patutlah aku tunggu sms takde.. ingatkan ko pun kena phobiazool ( fobia nak jumpa aku..)..

    Reply

  5. Mr KamikazeNo Gravatar says:

    wah..bguslah ada gathering di antara blogger…
    boleh kenal lebih rapat lg..

    Reply

  6. si gadisNo Gravatar says:

    td mmbr ade nk g gath ni..dier dtg kol 10.15 tp xde org…maybe sbb xde contact number sesiapa tu jd mslh ble ade pertukaran tmpt..hee~ hope ade lg gath kali ke 2..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    er nama dia sape ek? minta maaf bebanyak kat dia.. pukul 10.15 kitorang masih ada lagi …
    cuma mungkin sebab kita tunggu agak jauh sikit dari A Famosa..
    mungkin dia tak perasan n sbb saya tak dpt kepastian..
    sbb saya dpt confirmation yg peserta diatas je.. sbb tu tunggu bila dah cukup jln..

    minta maaf sekali lagi ek… insyallah akan ada gathering lain.. doakan je….

    Reply

    si gadisNo Gravatar Reply:

    maybe sbb mmg dier x gtau confirmation kot…1st time nk join gath.. masih br juga dlm dunia blog… ni url dier..
    http://ismishahrilcraps.blogspot.com/

    Reply

  7. LoqNo Gravatar says:

    Tiba-tiba rasa diri gua nampak berisi. -_-
    Anyway,pengalaman dengan korang tadi memang best,superb.Borak dalam alam realiti memang berikan kelainan.Thanks semua!

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    hohoho.. kenapa ?? ko berada dalam alam fantasi ke??? takpe umur ko memang masih tercari-cari identiti… bijak2 la mencari..

    Reply

  8. wehehehehehehehehehhhh! apsal gmbar ku tutup mata? cancel2. tak bole upload. hahaha.. delete2.mueheheheh.. eh. tp TQ bro wat gathering ni. bro la plg tua. plg ensem lak tu. pandai nyanyi lak tu. wa salute sama loe! =D

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ha haha.. dah tu je gambo yg dibagi oleh photographer kita.. itu je lah.. hahahhaa
    ko puji2 ni lain cam je.. takpe nanti kita buat gathering naik bot sungai melaka plak…
    ajak ramai2.

    Reply

  9. cik epalNo Gravatar says:

    selalu terlepas nak join gathering. hoho

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    takpe nanti dtg lah sini.. kita buat gathering blogger satu malaya kat Melaka.. :)

    Reply

  10. matjoeNo Gravatar says:

    zool, aku dh lama tak jengah blog nkgo. mintak maaf byk2 lerr. bz keje n bz update blog sendiri. gathering blogger mmg best. tp bestnyer dok kt KL ni, nuffnang yg tolong gather2kan

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tapi bila ramai sgt tak best…
    aku lebih prefer yg simple dan blh kenal semua…

    Reply

  11. firusNo Gravatar says:

    melaka river cruise?? Nak ikut.. Heheh

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    eleh.. camle berani.. :P

    Reply

  12. ejamNo Gravatar says:

    1st time jumpa geng blogger melaka, agak menarik jumpa org yg biasa tau pasal mereka dlm alam siber jer…
    sori ler kalau aku tak berapa nak mesra rakyat, 1st time jumpa kan, agak kekok lagi, tapi xper lepas2 nie jgn ada yg tak sanggup tgk perangai aku dh ler…hehe

    semoga ada peluang lagi utk jumpa lebih ramai lagi blogger di melaka.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ok.. kita tgk lah lepaih ni.. kalau ada bajet blh buat tempat grand sket…

    Reply

  13. KujieNo Gravatar says:

    lama dah tak raun2 melaka…nnt bile kak jie p sana, zool ade, kan?

    Reply

    ejamNo Gravatar Reply:

    ejam pun ada gak, bleh jer bgtau tarikh, masa, time dan waktunya…hehe
    bukan senang nk jumpa “makcik” yg popular nie…hehe

    Reply

    LoqNo Gravatar Reply:

    Woot! Nak lepak dengan Kak Jie jugak!

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    raun le sini.. insyaalllah saya ada je…
    jarang keluau dari melaka ni..

    Reply

  14. hydirNo Gravatar says:

    oo .. geng melaka ..
    selalu gi melaka .. hampir setiap minggu tp tak tau lak hang org melaka
    kenai topo jer .. hahaha

    lain kali cek nak mai juga :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ala aku tak popular cam topo tu..
    sapa la nak datang blog huduh ni… T____T

    Reply

  15. EVNo Gravatar says:

    hehe..diriku juge tak banyak berkata2.first time jumpe memang begitu.dua kali jumpa komfem bising~ ^^

    Reply

  16. ismishahrilNo Gravatar says:

    haha
    aku terlepas kali ni.
    takpa zool. salah aku jugak tak kasi confirmation ngan mintak contact.
    sori sori!
    inshaAllah, kalau buat the 2nd time, roger eh?
    aku pun bukan nya buat apa apa sgt kat melaka ni.
    haha
    =D

    Reply

  17. bLurrNo Gravatar says:

    bila lagi gath ni? nak join? haha

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tunggu bila ada sampai waktunya

    Reply

  18. Bb HussainNo Gravatar says:

    bestnyer.tak pernah attend blogger gathering lagi..nanti kalau ada lagi war2 kan yer ;)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ok…. jgn tak dtg plak

    Reply

Leave a Reply