LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Gagal Rancang Kewangan Punca Utama Berhutang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Koid Swee Lian, perancangan kewangan yang lemah dan taiat berbelanja tidak mengikut kemampuan diri merupakan faktor utama penyebab masalah hutang serta ketidakupayaan membayar balik pinjaman. Menurut beliau, sebanyak 90,807 peminjam yang dibantu melalui Program Pengurusan Kredit (DMP) AKPK bagi tempoh 2007 hingga 31 Mei lalu, 20,886 atau 23 peratus merupakan golongan yang mengalami masalah akibat perancangan kewangan yang lemah.
Dari 18,161 atau 20 peratus lagi berhutang disebabkan perbelanjaan perubatan yang tinggi; lain-lain (17,253/19 peratus); masalah atau kegagalan perniagaan (13,621/15 peratus); gagal mengawal penggunaan kad kredit (9,989/11 peratus); kehilangan pekerjaan (9,081/10 peratus) manakala kematian atau hilang punca pencari nafkah dan kegagalan dalam pelaburan masing-masing (908/1 peratus).


Sepanjang tempoh 2007 – 31 Mei 2013, terdapat 222,942 peminjam datang ke AKPK untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Menurutnya juga sehingga 31 Mei lepas; 3,591 peminjam berjaya keluar daripada DMP dengan jumlah hutang yang diselesaikan berjumlah RM130.05 juta. Perkhidmatan AKPK yang disediakan untuk menstruktur pelbagai jenis pinjaman termasuk pinjaman perumahan, kenderaan, peribadi atau baki tertunggak kad kredit yang diperoleh daripada penyedia kewangan. Untuk menyertai DMP, seseorang peminjam mestilah tidak berhutang melebihi RM 2 juta, tidak diisytihar muflis, tidak mempunyai surat saman atau mahkamah dan memiliki pendapatan boleh guna mencukupi.
Selain itu tujuan utama AKPK adalah menyediakan pelbagai perkhidmatan pendidikan kewangan untuk membantu setiap individu belajar mengawal semula keadaan kewangan dan memupuk tabiat penggunaan kredit secara bijak.

Sumber :- BERNAMA

Saya tertarik dengan berita diatas memandangkan masalah hutang ini dialami oleh ramai orang disekeliling termasuk saya. Walaupun kadar hutang saya tidaklah serius namun masih banyak yang perlu diperbaiki.Saya juga telah menetapkan dalam tempoh 10-15 tahun untuk bebas hutang atau setidak-tidaknya dalam mengurangkan setengah dari hutang sediada. Dan sekarang ni sedikit sebanyak saya telah memperkemaskan pengurusan kewangan dengan mempelajari ilmu-ilmu tentang kewangan dan berkongsinya dalam blog yourfinancialblog.com. . Insyallah ilmu yang dipelajari dan dikongsi ini mampu membantu saya memperbaiki kewangan peribadi serta rakan-rakan lain yang membaca blog tersebut.

| PANDUAN BEBAS HUTANG |

Sejujurnya saya akui masalah hutang memang disebabkan oleh kurangnya perancangan kewangan sejak dari awal lagi. Ini berlaku akibat kurangnya pengetahuan tentang perancangan kewangan sejak dari zaman persekolahan lagi. Pakar kewangan yang juga usahawan ternama, Robert T Kiyosaki sering menekankan tentang betapa pentingnya pendidikan kewangan dizaman persekolahan dimana ia kurang diterap dalam sistem pendidikan sekarang. Mungkin pengetahuan tentang perihal kewangan perlu diajar oleh ibubapa pada anak masing-masing bagi mengelakkan masalah hutang yang berlaku dapat dielakkan memandangkan zaman akan datang pastinya lebih mencabar. Bagi mereka yang mengalami masalah hutang pula, seeloknya pergi mendapatkan nasihat dari AKPK iaitu agensi bertauliah.

Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda seorang yang mempunyai perancangan kewangan yang baik atau anda juga adalah antara mereka yang mempunyai kadar hutang kritikal? Kongsikanlah pendapat atau pengalaman anda disini.

Sekian

Please follow and like us:
error0

9 thoughts on “Gagal Rancang Kewangan Punca Utama Berhutang

  1. zaman sekarang 100% bebas dari hutang memang sukar terutamanya rumah dan kereta. kemudahan hutang kredit kad kena sangat berhati-hati supaya tiada yang tertunggak. tertunggak bermakna kadar faedah bertambah2, belum tentu boleh bayar konsisten.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)