Futsall lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Kalau tiada aral melintang saya dan rakan-rakan akan bermain futsall di Sport Planet, Cheng, Melaka pada Jumaat ini 30 Mei 2008..
Main untuk kesihatan badan.. Almaklumlah 5 hari di opis badan pun makin bertambah kolestrolnya dan cabaran memandang ibu jari kaki telah hampir tamat..

Sebenarnya agak lama tidak bersukan jadi dengan aktiviti ini sudah pastinya saya dapat mengeluarkan peluh bagi menyihatkan badan.. Cerita pasal Futsall ni rasanya di mana-mana tempat akan ada gelanggang Futsall malahan di Melaka diperhatikan bahawa gelanggang Futsall telah mula diusahakan dengan banyak.. Dan yang bestnya kebanyakannya pengusaha di kalangan Bumiputera…. Syabas, ini menunjukkan bahawa terdapat Bumiputera yang bijak berniaga.. Kalau diperhatikan perniagaan gelanggang Futsal ini memang menguntungkan terutamanya jika ianya di lokasi-lokasi yang berhampiran dengan Institut Pengajian Tinggi dan kawasan perumahan.. Berdasarkan pengetahuan memang didapati perniagaan Futsal ini agak tinggi modalnya terutama dari segi penjagaan gelanggang. Walaubagaimanapun dengan servis yang baik sudah pastinya tokei akan mendapat pengunjung tetap.. Walaupun terdapat persaingan namun dengan promosi-promosi pertandingan akan membantu gelanggan tersebut dikenali.. Apa pendapat anda tentang perniagaan futsal ini?? Adakah anda salah seorang tokei futsal? Atau sering ke gelanggang futsal untuk mengeluarkan peluh?? Apa kata kongsi cerita anda..

p/s :- Sekarang ni team saya sedang dalam proses untuk aktif semula… Kalau ada sesiapa di Melaka yang nak mengadakan perlawanan persahabatan amatlah dialu-alukan..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :2177
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

16 Responses to “Futsall lagi”

  1. abgjasNo Gravatar says:

    Hi Zool,
    Abgjas ada soalan provokatif;
    Setuju tak kalau dikatakan, futsal adalah sukan utk mereka yg tak ‘berani’ bermain bola sepak di padang besar?

    Reply

  2. LabanonNo Gravatar says:

    Wah.. tak sangka bro Zool ni aktif juga main futsal :)

    Reply

  3. syiaNo Gravatar says:

    hehe.. syia dah agak mesti main futsal ni :) tp memang btul kalau lokasi dkt IPT memang laku gile.. tp syia rase org yg suke main futsal bkn takut nk turun padang tp maybe lebih selese main tmpt court kecik

    Reply

  4. t.a.t.aNo Gravatar says:

    Futsal bagi saya adalah sukan utk mereka (lelaki) yg kurang berani menghadapi kecederaan.

    Sukan dan peluang utk perempuan menjadi ala² lelaki.

    Reply

  5. musNo Gravatar says:

    perlawanan untuk para blogger tak ada ke..
    kalau ada anjuran tu bagus juga…mengeratkan silaturahim

    Reply

  6. zoolNo Gravatar says:

    abgjas –> hm..okay gak soalan provokatif abgjas ni… nanti saya buat satu entri.. kita tgk jawapan org lain.. pada saya futsall bukan sbb tak berani main padang cuma ianya lebih mudah.. sebab kitorang keje siang mana nak cari padang malam2..
    Labanon –> takdelah aktif sgt pun.. cuma keluar peluh sikit…
    syia –> ye.. ada org suka main padang besar dan kecil.. terpulanglah..
    t.a.t.a –> ye ke?? Kadang2 ada gak org main futsall cedera teruk/
    mus –> hm.. menarik idea tu.. kita tgklah camne..

    Reply

  7. zaki blogjerNo Gravatar says:

    Rasanya nnti Zool boleh buat Piala Blogger plak. Zool jadi penaja, keke

    Reply

  8. zoolNo Gravatar says:

    zaki blogjer –> er jadi penaja tu.. berat sikit.. tapi rasanya ada blogger lain yang lebih hebat boleh bantu kot..

    Reply

  9. kumb@ngNo Gravatar says:

    lebih baek main futsal dari tak main apa-apa langsung…at least ada gak aktiviti riadah utk kesihatan…. ;)

    Reply

  10. Tech BlogNo Gravatar says:

    heheh..Ooo..lu main futsal..bile nak lawan nih..aku bawak budak bukit katil je lar..
    Menjawab soalan abgjas nih, aku tak setuju kalau dikatakan main futsal ni bagi orang yang tak berani main padang besar..Aku lu memang main padang besar..Tapi bila dah sampai melaka ni,politik bola diorang teruk..team-team dia je main..aku sebagai orang baru langsung xdapat peluang..Tapi bagi aku,futsal kalau diikutkan lebih penat dan kasar kalau kena dengan team lawan macamana.

    Yang penting, lebih baik bersukan dari banyak bercakap.

    Reply

  11. futsal menNo Gravatar says:

    sy rasa sukan futsal nie bukan sukan utk mereka yg takut main d pdg besar…tp mrka nie org yg unik,sbp permainan futsal nie memerlukan teknik,strategi yg lebih sfesifik dn kepantasan yg luar biasa…hehhe tqqq.

    Reply

  12. FutsalNo Gravatar says:

    ^_^
    Futsal mmg best bermain zaman skrg nih

    Reply

  13. putrilolipopNo Gravatar says:

    best ke futsal???
    aku tak tau lah…
    tapi aku tgk dalam gol dan gincu, macam best pula… hehehe

    anyway, aku ada assignment ni. kecederaan dalam sukan(jenis kecederaan & rawatan awal). anyone yang ada bahan pasal tu, emel aku k? putrilolipop@yahoo.com

    tak kisah lah sukan jenis apa pun…
    bagi tau! saya tunggu….heheheh

    Reply

  14. anisNo Gravatar says:

    saya nak taw pasal kcedraan sukan, jenis dan cara mengatsi….
    saya student sains sukan…
    boleh tolong x??

    Reply

  15. anisNo Gravatar says:

    tolong email kn ek…
    anes_sphere169@yahoo.com

    Reply

  16. zoolNo Gravatar says:

    anis –> alamak salah tempat nie..ni sekadar berkongsi pengalaman main futsal je

    Reply

Leave a Reply