Futsall lagi
Written by zool on May 30, 2008 – 11:16 am -Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Kalau tiada aral melintang saya dan rakan-rakan akan bermain futsall di Sport Planet, Cheng, Melaka pada Jumaat ini 30 Mei 2008..
Main untuk kesihatan badan.. Almaklumlah 5 hari di opis badan pun makin bertambah kolestrolnya dan cabaran memandang ibu jari kaki telah hampir tamat..

Sebenarnya agak lama tidak bersukan jadi dengan aktiviti ini sudah pastinya saya dapat mengeluarkan peluh bagi menyihatkan badan.. Cerita pasal Futsall ni rasanya di mana-mana tempat akan ada gelanggang Futsall malahan di Melaka diperhatikan bahawa gelanggang Futsall telah mula diusahakan dengan banyak.. Dan yang bestnya kebanyakannya pengusaha di kalangan Bumiputera…. Syabas, ini menunjukkan bahawa terdapat Bumiputera yang bijak berniaga.. Kalau diperhatikan perniagaan gelanggang Futsal ini memang menguntungkan terutamanya jika ianya di lokasi-lokasi yang berhampiran dengan Institut Pengajian Tinggi dan kawasan perumahan.. Berdasarkan pengetahuan memang didapati perniagaan Futsal ini agak tinggi modalnya terutama dari segi penjagaan gelanggang. Walaubagaimanapun dengan servis yang baik sudah pastinya tokei akan mendapat pengunjung tetap.. Walaupun terdapat persaingan namun dengan promosi-promosi pertandingan akan membantu gelanggan tersebut dikenali.. Apa pendapat anda tentang perniagaan futsal ini?? Adakah anda salah seorang tokei futsal? Atau sering ke gelanggang futsal untuk mengeluarkan peluh?? Apa kata kongsi cerita anda..
p/s :- Sekarang ni team saya sedang dalam proses untuk aktif semula… Kalau ada sesiapa di Melaka yang nak mengadakan perlawanan persahabatan amatlah dialu-alukan..
Tags: Futsal, riadah
Posted in bolasepak, santai, sukan |
11 Comments to “Futsall lagi”












May 30th, 2008 at 2:23 pm
Hi Zool,
Abgjas ada soalan provokatif;
Setuju tak kalau dikatakan, futsal adalah sukan utk mereka yg tak ‘berani’ bermain bola sepak di padang besar?
May 30th, 2008 at 3:35 pm
Wah.. tak sangka bro Zool ni aktif juga main futsal
May 30th, 2008 at 11:46 pm
hehe.. syia dah agak mesti main futsal ni
tp memang btul kalau lokasi dkt IPT memang laku gile.. tp syia rase org yg suke main futsal bkn takut nk turun padang tp maybe lebih selese main tmpt court kecik
May 31st, 2008 at 1:46 am
Futsal bagi saya adalah sukan utk mereka (lelaki) yg kurang berani menghadapi kecederaan.
Sukan dan peluang utk perempuan menjadi ala² lelaki.
May 31st, 2008 at 3:41 am
perlawanan untuk para blogger tak ada ke..
kalau ada anjuran tu bagus juga…mengeratkan silaturahim
May 31st, 2008 at 5:25 am
abgjas –> hm..okay gak soalan provokatif abgjas ni… nanti saya buat satu entri.. kita tgk jawapan org lain.. pada saya futsall bukan sbb tak berani main padang cuma ianya lebih mudah.. sebab kitorang keje siang mana nak cari padang malam2..
Labanon –> takdelah aktif sgt pun.. cuma keluar peluh sikit…
syia –> ye.. ada org suka main padang besar dan kecil.. terpulanglah..
t.a.t.a –> ye ke?? Kadang2 ada gak org main futsall cedera teruk/
mus –> hm.. menarik idea tu.. kita tgklah camne..
May 31st, 2008 at 7:25 am
Rasanya nnti Zool boleh buat Piala Blogger plak. Zool jadi penaja, keke
May 31st, 2008 at 1:45 pm
zaki blogjer –> er jadi penaja tu.. berat sikit.. tapi rasanya ada blogger lain yang lebih hebat boleh bantu kot..
May 31st, 2008 at 3:18 pm
lebih baek main futsal dari tak main apa-apa langsung…at least ada gak aktiviti riadah utk kesihatan….
June 1st, 2008 at 9:22 pm
heheh..Ooo..lu main futsal..bile nak lawan nih..aku bawak budak bukit katil je lar..
Menjawab soalan abgjas nih, aku tak setuju kalau dikatakan main futsal ni bagi orang yang tak berani main padang besar..Aku lu memang main padang besar..Tapi bila dah sampai melaka ni,politik bola diorang teruk..team-team dia je main..aku sebagai orang baru langsung xdapat peluang..Tapi bagi aku,futsal kalau diikutkan lebih penat dan kasar kalau kena dengan team lawan macamana.
Yang penting, lebih baik bersukan dari banyak bercakap.
August 22nd, 2008 at 5:52 pm
sy rasa sukan futsal nie bukan sukan utk mereka yg takut main d pdg besar…tp mrka nie org yg unik,sbp permainan futsal nie memerlukan teknik,strategi yg lebih sfesifik dn kepantasan yg luar biasa…hehhe tqqq.