LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Futsall AFF 2019 – Melaka United sekadar di tempat kelima

Keputusan Kejohanan Piala AFF 2019 tidak menarik bagi wakil pasukan futsal Malaysia, Melaka United apabila sekadar menduduki tangga kelima.
Dalam perlawanan penentuan tempat kelima/enam itu skuad Melaka United menumpaskan pasukan Black Steel Manokwari dari Indonesia dengan keputusan 3-1 melalui penentuan sepakan penalti.
Ia berikutan perlawanan tamat 2-2 dalam masa penuh. Itupun skuad Indonesia itu hampir berjaya mendapat tempat kelima jika tidak kesilapan mereka yang membenarkan pemain negara, Muhammad Tarmizi Abdul Ghafar menyamakan kedudukan pada minit terakhir.

Jurulatih Melaka United, Mohamad Isa Abdul Rahim tetap berpuas hati kerana terdapat beberapa pemain yang tidak pernah bermain untuk perlawanan setinggi ini.
Malahan ada antaranya tidak pernah bermain dalam Kejohanan Liga Futsal Malaysia pun.

Pertandingan yang berlangsung di Terminal 21 Hall, Nakhon Ratchasima, Thailand itu menyaksikan skuad Black Steel lebih menguasai pertandingan cuma Melaka United bernasib baik dapat menyempurnakan kesemua sepakan penalti.
Walaupun keputusan tidak memberangsangkan tetapi Ligakampung.com tetap mengucapkan tahniah kepada skuad muda Melaka United. Selepas ini pasti fokus mereka pada Kejohanan Futsal Malaysia yang berlangsung minggu ini.
Untuk makluman, Melaka United pernah merangkul tempat ketiga dalam Kejohanan Futsal AFF 2017.

Kejohana Futsal kebangsaan dengan jenama Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2019 ini bermula esok 22 Jun 2019 hingga 29 September 2019.
Siaran akan disiarkan oleh penyiar rasmi, ASTRO.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)