LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Futsal Piala AFF 2017 : Malaysia akur tumpas gol masa tambahan Thailand

Pasukan futsal Malaysia terpaksa berputih mata selepas harapan untuk mencatat kemenangan sulung di perlawanan akhir ke atas pasukan Thailand berkecai.
Dalam perlawanan aksi sengit itu pasukan negara berjaya mendahului melalui Awalluddin Mat Nawi pada minit ke 5. Selang 2 minit kemudian Ridzwan Bakri menambah gol kedua pasukan negara.
Pemain Thailand, Tanachot Sosawaeng merapatkan kedudukan pada minit ke 12. Pasukan negara melancarkan serangan dan mendapatkan hasil melalui jaringan Awalauddin Hassan pada minit ke 23.
Selesa mendahului 3-1 pasukan negara mula bermain defensif dan dihukum oleh jaringan pemain Thailand Muhammad Osamanmusa pada minit ke 27 dan Jetsada Chudech pada minit ke 31.

Keputusan 3-3 kekal sehingga masa penuh. Ketika di masa tambahan pasukan Thailand menguasai bola dan barisan pemain negara lebih banyak melakukan kesilapan dengan melakukan hantaran jauh.
Pasukan Thailand berjaya mendapatkan gol (admin tak dapat nama pemain) untuk mendahului perlawanan. Jaringan tersebut kekal menyaksikan pasukan negara terus kempunan untuk menumbangkan skuad Thailand.

Nampaknya walaupun pemain futsal Thailand tidak dibarisi pemain handalan seperti Suphawut, Kritsada dan Jirawat namun skuad futsal negara masih tidak mampu menewaskan mereka.
Ada kelemahan dari segi mental kerana ini bukan kali pertama pasukan negara mendahului namun tumpas. Mungkin juga stamina skuad negara perlu diperbaiki dan konsistensi perlu dipertingkatkan.

Walaubagaimanapun, tahniah kepada skuad negara yang memperbaiki kedudukan tahun lalu yang berada di tangga kedua.

Rekod Pertemuan Malaysia vs Thailand Pada Saingan AFF

2001 

Thailand 12 – 0 Malaysia – Kumpulan

2003 

Thailand 6 – 1 Malaysia – Kumpulan

Thailand 4 – 0 Malaysia – Akhir

2005

Thailand 3 – 0 Malaysia – Kumpulan

Thailand 5 – 1 Malaysia – Akhir

2006

Tiada Pertemuan

2007

Tiada Pertemuan

2008

Thailand 4 – 0 Malaysia – Separuh Akhir

2009

Thailand 7 – 3 Malaysia

2010

Thailand tiada wakil

2012

Thailand 4 – 2 Malaysia – Separuh Akhir

2013

Thailand 2 – 0 Malaysia

2014

Tiada Pertemuan

2015

Thailand 6 – 0 Malaysia

2016

Thailand 5 – 3 Malaysia – Separuh Akhir

2017

Thailand 4-3 Malaysia – Akhir (Selepas Masa Tambahan)

Kredit Sumber dan Gambar :-Arena Futsal

Please follow and like us:
error0

One thought on “Futsal Piala AFF 2017 : Malaysia akur tumpas gol masa tambahan Thailand

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)