Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Futsal Malaysia ratah Laos di Bangkok

Pasukan futsal Malaysia melangkah ke separuh akhir Piala AFF 2016 selepas mendapat kemenangan kedua dalam kejohanan kali ini. Pasukan futsal Malaysia berjaya membelasah pasukan Laos dengan keputusan 13-1 dalam perlawanan di Stadium Tertutup Huamark Bangkok pada hari Selasa.

 

Dalam perlawanan itu, Mohd Ridzwan Bakri mencatat hatrick pada minit ke 7, 9 dan 16 manakala Akmarulnizam Mohd Idris menjaringkan 2 gol pada minit  pertama dan 32. Khairul Effendy menjaringkan 2 gol pada minit kedua dan 23. Seorang lagi pemain yang menjaringkan 2 gol iaitu Abu Haniffa Hassan pada minit ke 10 dan 16.

Lain-lain gol dijaringkan oleh Muhammad Azri Rahman (m 24), Syed Aizad Daniel Syed Nasir (m 29) Muhammad Awaluddin (m36) dan Mohammad Mat Nawi minit 40.

Gol tunggal Laos dijaringkan Khampha Phipphakkhavong pada minit ke 29. Esok perlawanan antara Malaysia menentang Myanmar pasti akan menjadi aksi menarik. Pasukan negara pasti ingin menang bagi mengelakkan dari bertemu pasukan Thailand di separuh akhir.

Semoga berjaya.

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Futsal Malaysia ratah Laos di Bangkok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)