LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Formasi Futsal yang boleh digunakan

Hari ni Jamal diberikan tugasan untuk memberikan info mengenai formasi yang biasa digunakan dalam permainan futsal. Main futsal ni berbeza dengan permainan bola padang.
Dari segi saiz, kuantiti pemain juga memberikan perbezaan antara kedua-dua permainan yang menggunakan kaki dan bola ini. Dalam futsal hanya terdapat 5 pemain dimana salah seorang perlu bertindak sebagai penjaga gol.
Dalam permainan futsal ada 2 prinsip yang perlu menjadi perhatian setiap pasukan iaitu l

1) Dalam setiap pasukan mesti ada sekurang-kurangnya seorang pemain menyerang. Pemain serangan yang baik dapat membantu mengurangkan tekanan bagi pemain pasukan.
2) Mesti ada pemain yang sentiasa bertahan. Pemain ini lebih dikenali sebagai last man yang bertindak untuk mengawal sebelum serangan dari pihak lawan.

Untuk serba sedikit prinsip yang perlu diketahui terutama oleh pengurus/jurulatih setiap pasukan. Tanpa pengurus/jurulatih pasukan akan jadi tunggang langgang tanpa arah.
DI sini Jamal nak berikan beberapa formasi yang sering digunakan.

1) Diamond

  • Formasi ini amat popular dimana seorang pertahanan akan berada di bahagian kotak penalti dan diapit oleh dua pemain di kiri dan kanan. Seorang penyerang diperlukan di bahagian serangan atas.
    Kelebihan :-
  • Membantu ruang bagi pasukan.
  • Memberikan bantuan dari segi displin dan tanggungjawab dimana terdapat tugas utama bagi para pemain.
  • 2 pemain tengah mempunyai tugas untuk membantu samada ketika serangan atau pertahanan manakala yang bawah kekal.

Kelemahan :=

  • Kebiasaannya pemain akan lebih gemar menyerang berbanding bertahan. Ini kerana bahagian sayap biasa menumpu kepada serangan yang menyebabkan ruang pertahanan mudah bocor.
  • Kedua pemain tengah perlu cergas , pantas terutama untuk melakukan serangan atau pertahanan melalui tepi.

2) Square

  • Formasi ini adalah berbentuk 2-0-2. Ia memecahkan empat pemain kepada 2 ruang utama di bahagian serangan dan pertahanan.
    Ia mudah dan membantu untuk menguatkan bahagian serangan atau pertahanan secara kembar.

Kelebihan :-

  • Memberikan keseimbangan antara serangan dan pertahanan.
  • Serangan dan pertahanan akan membantu antara satu sama lain.

Kelemahan :-

  • Pertahanan akan menjadi lemah jika pertahanan bersama serangaan dan pemain menyerang tidak mahu turun bertahan.
  • Ia menjadi kesukaran bagi penyerang mana yang perlu membantu bahagian pertahanan.

3) Pyramid

  • Berbentuk piramid, formasi ini lebih dalam bertahan dimana seorang pemain tengah akan ditugaskan untuk menyokong pertahanan atau serangan.

Kelebihan :-

  • Ia adalah corak bertahan dan sesuai untuk menentang pasukan yang lebih kuat menyerang. Penggunaan counter attack adalah peluang untuk menjaringkan gol.
  • Mempunyai seorang penyerang yang memang menumpukan tugas kepada serangan sahaja.
  • Ia memberikan tujuan utama bagi salah seorang pertahanan dimana seorang mesti berada di posisi bertahan.

Kelemahan :-

  • Dua pertahanan tidak boleh mengharapkan pemain tengah semata-mata untuk melakukan serangan.
  • Pemain tengah mesti mempunyai stamina yang kuat untuk menyokong pertahanan dan serangan.

4) The Y

  • Formasi ini berisiko dan lebih banyak digunakan jika melawan pasukan yang lemah atau inginkan jaringan.

Kelebihan :

  • Sesuai untuk melawan pasukan lemah atau ketika memerlukan jaringan gol.
  • Seorang pemain di belakang sebagai last man.
  • Sesuai jiga bermain high pressing.

Kelemahan :-

  • Memerlukan pemain yang cepat memahami konsep untuk menukar kerana kaedah ini berisiko.
  • Jika penyerang tidak dapat melakukan serangan ia memberikan ruang kepada pasukan lawan untuk mendapatkan gol.

Walau apa pun taktik yang digunakan, latihan dan juga keserasian antara para pemain adalah penting. Jamal percaya kalau pasukan anda mempunyai pemain yang baik pasti mudah untuk memahami taktik ini.
Selamat berfutsal semua.

Sumber : 5Aside

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)