post

FMLLP bekerjasama dengan La Liga

Football Malaysia Limited Liability Partnership(FMLLP) melakar sejarah tersendiri apabila menandatangani memorandum perjanjian persefahaman(MoU) dengan liga bola sepak ternama Sepanyol, La Liga hari ini.
Perjanjian ini merupakan jalinan kerjasama tiga tahun antara FMLLP dengan La Liga bagi meningkatkan mutu sukan bola sepak dan kualiti liga tanah air.

Menurut Pengerusi FMLLP, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, antara intipati utama MoU ini adalah pelan pelaksanaan Pelan Pembangunan 50 Tahun Bola Sepak Malaysia.
“50 Years Blueprint ini disusun oleh La Liga sendiri berdasarkan apa yang mereka rasakan sesuai untuk liga tempatan negara ini.

“Pelaksanaan blueprint ini bertujuan untuk meningkatkan mutu bola sepak tanah air ke tahap yang lebih profesional di masa depan,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan di Hotel Thistle, di sini hari ini.
Majlis itu turut dihadiri, Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP Kevin Ramalingam, Pengarah Urusan La Liga Rantau Asia Tenggara, Australia, Jepun dan Korea Selatan, Ivan Codina serta Pengarah Pembangunan Antarabangsa La Liga, Oscar Mayo Pardo.

TMJ juga berkata inisiatif tersebut merupakan antara perancangan baharu yang dirangka pihaknya.
“Blueprint 50 tahun ini usaha ikhlas saya untuk memajukan bola sepak tanah air, kerana saya tidak akan memegang jawatan ini selama.

“Individu yang akan memegang jawatan ini kelak akan dibantu blueprint yang disediakan La Liga untuk terus meningkatkan mutu bola sepak negara,” katanya.

Kevin juga optimis kerjasama ini akan dapat menghasilkan impak positif dalam sukan bola sepak negara.
Menurutnya, Malaysia merupakan negera pertama di rantau ini yang menjalin kerjasama dengan La Liga.

Sumber :-SinarHarian

Semoga akan tampil para pemain negara yang beraksi di La Liga dalam tempoh ini.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.