LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Fit Malaysia Platform Efektif Promosi Sukan dan Kecergasan

Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa Program Fit Malaysia yang mula diperkenalkan sejak tahun 2014 itu merupakan platform efektif dalam mempromosikan aktiviti sukan dan kecergasan kepada masyarakat.
Beliau berkata, progam itu mendapat sambutan mengalakkan dikalangan rakyat Malaysia yang semakin mengamalkan gaya hidup sihat di negara ini.

Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin turut sama bersenamrobik

“Impian saya mahu lahirkan wira sukan dan menjadi sebuah negara bersukan yang hebat. Tahun lepas kita muncul johan keseluruhan Sukan SEA dan saya yakin pada temasya Sukan Olimpik 2020 di Tokyo kita tamatkan penantian kemenangan pingat emas pertama Malaysia.

“Untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang fit dan cergas kita perlukan rakyat yang sihat. Kita lawan penyakit-penyakit seperti kencing manis, sakit jantung dan obesiti.

“Justeru, medium seumpama ini, ia sedikit sebanyak membantu kita melahirkan generasi sihat dan produktif,” katanya ketika berucap pada program Fit Malaysia peringkat Melaka di Padang Awam Taman Seri Telok Mas, di sini hari ini.

Program yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron itu turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Roslan Ibrahim, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Othman Muhamad dan Exco Kesihatan, Sukan dan Antidadah Melaka, Datuk Ab Rahaman Ab Karim.

Pelbagai aktiviti kecergasan diadakan pada program Fit Malaysia yang bertujuan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan termasuk larian 5 kilometer (km) dan 10km, berbasikal 10km dan 30km serta senamrobik.

Khairy berkata kehadiran lebih 10,000 peserta merangkumi pelbagai usia daripada kanak-kanak hingga warga emas memeriahkan Fit Malaysia kali ini juga membuktikan masyarakat semakin sedar akan pentingnya menjaga kesihatan.

– BERNAMA

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)