Finalis Miss Universe Malaysia 2017 tekad teruskan kerjaya selaku atlet

Namanya mungkin tidak segah Zaidatul Husniah namun M. Tanalaksiumy bertekad untuk meneruskan kerjaya sebagai atlet.
Walaupun mempunyai paras rupa yang cantik sehingga berjaya ke peringkat akhir Miss Universe Malaysia 2017 namun M. Tanalaksiumy mempunyai cita-cita untuk menjadi atlet sehingga ke peringkat tertinggi.

Beliau yang baru berusia 23 tahun itu merupakan pemenang pingat gangsa adalam acara 4×400 meter pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017(KL 2017) pada Ogos lalu.


Meskipun menceburi bidang seni yang lebih glamour namun Tania tetap ingin mengerah peluh bagi memastikan dirinya tersenarai dalam acara lari berganti-ganti pada dua temasya berprestij tahun depan iaitu Sukan Komanwel di Australia dan Sukan Asia di Indonesia.
Pingat gangsa yang dimenangi bersama Fatin Faqihah Mohd Yusof, Nurul Faizah Asma Mazlan dan Shereen Samson Vallabouy merupakan penampilan pertamanya dalam Sukan SEA yang memberikan kenangan paling bermakna buat beliau.

“Selepas KL2017 (penampilan pertama) saya kembali untuk fokus dalam pelajaran, menjayakan sesi penggambaran serta menyertai lebih banyak aktiviti sosial bersama masyarakat.”

“Saya tidak akan berhenti daripada menjadi atlet kerana sudah menyertai olahraga sejak berusia 10 tahun. Saya akan teruskan apa yang saya ceburi termasuklah sukan dan pembelajaran di HELP University.”

“Saya akan cuba menyertai acara lari berganti-ganti di Sukan Komanwel dan Asia kerana agak sukar untuk sertai acara individu. Apapun matlamat saya untuk mara setinggi yang mampu dalam bidang sukan,” katanya yang berhasrat mencuba sukan golf selepas ini.

– HMetro

Wow.. Hebat juga Tania sebab kebiasannya atlet akan bersara dalam bidang sukan sekiranya terlibat dalam bidang seni yang lebih glamour tu. Apapun diharap Tania meneruskan usaha dan jangan berputus asa walaupun tidak mampu menyertai dalam acara individu. Mungkin penyertaan dalam acara berganti-ganti boleh memberikan peluang yang lebih kepadanya.

One thought on “Finalis Miss Universe Malaysia 2017 tekad teruskan kerjaya selaku atlet

  1. Tahniah.. mempunyai bakat dakam bidang atlet dan pentas fesyen.. semoga berjaya dalam kedua-dua bidang yang diceburi.. dan dapat mengharumkan nama Malaysia..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.