Fenrir wakil Malaysia ke Liga Asia 2018

Sebelum korang tertanya-tanya baik Ligakampung.com jelaskan bahawa ia adalah berkenaan e-sukan FIFA 18. Pemain profesional e-sukan FIFA 18, Muhammad Luqman Haziq ‘Fenrir’ Hajiman telah layak untuk bertanding dalam Liga Asia Playstation pada bulan depan.
Fenrir yang berusia 21 tahun ini sedang menuntut di jurusan kewangan di sebuah IPTA akan beraksi bagi memberikan peluang untuk layak di pusingan penentu kejohanan FIFA eWold Cup (FEWC).
“Sebenarnya jalan untuk melayakkan diri ini memang mencabar memandangkan pesaing dari luar negara mempunyai pasukan FIFA Ultimate Team (FUT) yang lebih hebat.

“Sejujurnya saya jarang bermain FIFA selepas kejohanan Liga E-Sukan Malaysia (MESL). Selepas dapat tahu pemenang liga ini akan mendapat ‘tiket’ ke FEWC, memang saya membuat keputusan untuk fokus dan bermain FIFA sekurang-kurangnya empat jam sehari selama seminggu.
Beliau yang ditemuramah oleh ASTRO Awani itu bakal berentap dengan tujuh lagi pemain FIFA 18 terbaik dari Asia dalam kejohanan yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM38,000 (AS$10,000) dan kelayakan ke FEWX.
Fenrir diuruskan oleh organisasi Gamesbond mula meningkat naik dalam arena e-sukan FIFA 18 sejak layak ke Piala Kejohanan FIFA Ultimate Team (FUT) di Barcelona pada Januari lepas.
Fenrir sebelum ini memenangi kejohanan FIFA 18 MESL pada Februari lalu dan mendapat tempat kedua dalam kejohanan e-sukan Malaysia Cyber Games (MCG) 2018 MCG pada Januari lalu.

Sumber :-ASTRO Awani

Tahniah diucapkan. Teringat masa zaman admin main FIFA 98 dulu. Tak sangka pula sekarang ni boleh jadi sejenis sukan yang boleh memberikan pulangan lumayan.

One thought on “Fenrir wakil Malaysia ke Liga Asia 2018

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.