Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

FAM terselamat hukuman Pesuruhjaya Sukan

Badn induk bola sepak negara (FAM) boleh menarik nafas lega selepas tidak dikenakan sebarang hukuman daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS).
Surat yang ditandatangani oleh Pesuruhjaya Sukan , Datuk Zaiton Othman sekadar memberi teguran keras berhubung isu keselamatan dan FAM diarah memperketatkan sama ada ketika menganjurkan perlawanan peringkat antarabangsa mahupun tempatan.

Pesuruhjaya Sukan Datuk Zaiton Othman
Pesuruhjaya Sukan Datuk Zaiton Othman

FAM telah menerima surat dari PPS Jumaat lalu bagi memaklumkan tindakan yang diambil oleh pejabat PPS berhubung insiden kekecohan penonton ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 menentang Arab Saudi di Stadium Shah Alam 8 September lalu.
Perlawanan tersebut yang terpaksa dihentikan oleh pengadil dari Hong Kong, Liu Kok Man pada minit ke 88 atas faktor keselamatan penonton dan pemain telah menjadi isu besar sehingga melibatkan campurtangan dari pihak FIFA.
Perlawanan itu yang dibatalkan dan kemenangan percuma 3-0 diberikan kepada Arab Saudi yang ketika itu mendahului dengan keputusan 2-1.

Ekoran insiden itu, PPS telah mengemukakan surat tunjuk sebab kepada FAM yang telahpun menyerahkan laporan pada 21 September lalu. Dalam surat tersebut menjelaskan bahawa FAM perlu memperketatkan atau menambah baik segala kelemahan dalam usaha menangani kekecohan seperti itu pada masa akan datan.
FAM telah didenda oleh FIFA sebanyak RM180,000 dan beraksi di stadium kosong pada perlawanan menentang Emiriyah Arab Bersatu pada 16 November lalu.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, pembentukan peraturan yang masih lagi dalam proses penyediaan akan mengambil kira konsep dan amalan yang dibuat di peringkat FIfA dan UEFA.
Semoga ianya menjadi pengajaran kepada semua iaitu FAM,penyokong dan juga pemain. Mereka perlu mengetahui tanggungjawab masing-masing dalam memastikan sukan bolasepak di negara tidak terkubur.

5 thoughts on “FAM terselamat hukuman Pesuruhjaya Sukan

  1. kurang berkenan kalau ada gaduh saya rasaya tak selamat pula rasanya nak tengok bola ada ada mana sahaja rasa sudah tak selamat…takut makin menjadi pula..

  2. FIFA punya nampak kesalahan BESAR FAM sampai denda RM180,000 yang macam tuan cakap…bila persuruhjaya sukan kita cuma bagi AMARAN KERAS jek…saya betul2 pelik…perlawanan sampai terhenti akibat roket2 mercun terbang tue kesalahan KECIL ker? 🙂

    Cuba bayangkan kalo org MALAYSIA yang pegang badan tertinggi sukan DUNIA tak kira aaa apa sukannya…mesti confirm SELAMAT laa pihak yang buat salah….sangat LEMBUT BUDI PEKERTI orang malaysia nie… 🙂

    p/s: Takkan laa ada campurtangan @ tangan ghaib dari pihak tertentu kan dalam isu ini… 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.