Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

FAM setuju kuota 3 pemain import musim depan dan Liga Malaysia bakal diswastakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Pada musim depan, pasukan Liga Super dan Liga Perdana bpleh mendaftarkan sehingga 3 pemain import dalam pasukan masing-masing berbanding hanya 2 bagi musim ini.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin, perkara berkenaan telah dipersetujui pada mesyuarat EXCO FAM pada hari Rabu yang lalu.
Walaubagaimanapun, terdapat syarat dimana dari 3 pemain import yang dibenarkan, seorang darinya mestilah pemain import dari benua Asia dan pemain import untuk posisi penjaga gol tidak dibenarkan.

Selain itu, menurut Hamidin ahli EXCO juga bersetuju dengan penubuhan sebuah jawatankuasa baharu bagi memastikan Liga-M diswastakan sepenuhnya menjelang 2015. Menurutnya, melaui penswastaan sesebuah liga boleh memperolehi keuntungan yang tinggi serta boleh bergerak dengan lebih bebas selaku liga bola sepak profesional.

-BERNAMA

Pemain Import
Antara pemain import Liga Super musim ini. Ada yang berbaloi dan ada yang tidak
Kredit Gambar :- Blog Bual Sukan

2 perkara yang dinyatakan ini pasti ada PRO dan KONTRA. Walaubagaimanapun saya setuju dengan keputusan tambahan satu pemain import dari Asia. Mungkin ia dapat membantu untuk meningkatkan lagi mutu Liga bolasepak Malaysia. Yang penting, setiap pasukan mestilah mencari pemain import terbaik dan melihat kembali terma-terma perjanjian. Janganlah terjadi masalah-masalah yang berlaku seperti sekarang.
Cuma diharapkan perkara ini tidak membantutkan prestasi pasukan kebangsaan negara.

Berkenaan dengan penswastaan Liga Malaysia pula, saya merasakan ia satu tindakan yang baik cuma mampukah persatuan bolasepak negeri untuk bertahan? Mungkin juga pasukan bolasepak negeri juga perlu bergerak sendiri dan tidak terlalu bergantung pada sumber FAM atau kerajaan. Mungkin juga pemilikan oleh penyokong-penyokong seperti yang berlaku di kelab bolasepak Eropah (kelab bolasepak Portsmouth dimiliki penyokong) boleh di praktikkan di sini. Tak gitu?

Apa pula pandangan anda tentang 2 perkara yang diputuskan dalam mesyuarat EXCO FAM itu? Adakah anda bersetuju atau sebaliknya dengan keputusan tersebut? Bincang-bincangkan sikit..

Sekian

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “FAM setuju kuota 3 pemain import musim depan dan Liga Malaysia bakal diswastakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)