LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

FAM putuskan JDT menang pusingan kedua Piala FA 2014 menentang T-Team

Nampaknya kontroversi mengenai pasukan manakah yang layak akibat perlawanan antara JDT dan T-Team yang tertangguh tempohari diputuskan pada hari ini. Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM di Wisma FAM Kelana Jaya membuat keputusan memberi kemenangan perlawanan pusingan kedua kepada JDT selepas lawannya, T-Team tidak menghabiskan baki perlawanan pada separuh masa kedua.

mesyuarat-jkpt

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Sabtu lepas menyaksikan pasukan pelawat, T-Team enggan meneruskan perlawanan pada babak kedua atas alasan faktor keselamatan.

T-Team mendakwa pemain importnya dan jurulatih kecergasan dikasari dan diugut oleh pihak pengurusan tertinggi JDT ketika menuju ke bilik persalinan selepas tamat separuh masa pertama.
– BERNAMA

Secara peribadi saya merasakan keputusan ini tepat dan sepatutnya kemenangan diberi selepas perlawanan. Saya bukanlah pakar dalam undang-undang bolasepak tetapi rasanya banyak perlawanan dimana pasukan lawan tidak mahu meneruskan perlawanan akan berpihak kepada pasukan yang ingin bermain. Tak kiralah apa jua alasan, keputusan perlu ditetapkan pada masa tersebut. Kecuali perlawanan ditangguhkan bukan atas kehendak pasukan yang bermain.
Saya bukanlah penyokong pasukan JDT dan tidak mengetahui tentang apa sebenarnya peristiwa yang berlaku tapi secara permainan itulah pendapat saya. Tentang kes dalam terowong itu mungkin siasatan perlu dilakukan namun ia tidak akan melibatkan keputusan perlawanan ini. Tak gitu?

Diharap isu ini akan menjadi pengajaran bagi mereka yang terlibat agar lebih professional dalam mengendalikan pasukan bolasepak. Janganlah jadikan ia bahan jenaka samada dari dalam dan luar negara.

Sekian..

p/s :- Kepada para penyokong yang ingin mengkomen, diharap beri pendapat secara rasional dan bukan emosional ye.

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “FAM putuskan JDT menang pusingan kedua Piala FA 2014 menentang T-Team

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)