LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

FAM lancar kempen Antikeganasan bolasepak

Bagi membendung gejala keganasan dalam bolasepak, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah melancarkan Kempen Antikeganasan Bolasepak. Menurut Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah meskipun beberapa kejadian sebelum ini disifatkan sebagai kes terpencil namun perlu dibendung agar tidak merosakkan imej negara dan sukan bolasepak.
Menurutnya juga kempen ini penting bagi membina kesedaran dalam kalangan penonton agar datang ke stadium untuk menyaksikan perlawanan dan bukan mencetuskan kekecohan. Sehubungan itu FAM akan meletakkan bendera yang tertera logo kempen antikeganasan bola sepak di stadium pada setiap perlawanan Liga Malaysia. Bendera pertama akan dikibarkan pada perlawanan persahabatan antarabangsa membabitkan skuad bolasepak kebangsaan menentang Filipina di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 1 Mac ini.
– BERNAMA

Stop Football Hooliganism
Gambar Hiasan. Bukan logo kempen FAM

Sememangnya kempen ini perlu dilakukan bagi membendung masalah keganasan terutama di kalangan penonton mutakhir ini. Agak mengecewakan apabila skuad-skuad bolasepak tempatan menunjukkan semangat yang baik tetapi dicemari insiden pergaduhan, provokasi melampau sehingga melibatkan pihak berkuasa. Selain dari FAM, persatuan penyokong pasukan juga perlu mengambil inisiatif dengan mendidik para penyokong untuk mengelakkan keganasan yang berlaku dalam sukan bola sepak Malaysia.
Selain itu facebook page mengenai bolasepak tempatan juga perlu menjadi medium untuk menyalurkan maklumat untuk membantu meningkatkan kesedaran antikeganasan dalam bolasepak. Ini kerana banyak page mengenai bolasepak yang mempunyai ramai peminat sekaligus maklumat ini boleh menjadi panduan kepada mereka yang juga menjadi pengunjung stadium bolasepak tempatan.
Selain itu penguatkuasaan perlu bertindak dengan lebih tegas.Kawalan ketat sebelum kemasukan penonton di stadium terutamanya yang melibatkan penonton yang ramai perlu dilakukan oleh pihak berkuasa.Mungkin sukar untuk menyemak seorang demi seorang penonton namun mungkin boleh dilakukan dengan adanya pengintip di kawasan tempat duduk penonton. Sebelum kekecohan timbul mungkin mereka dapat memaklumkan kepada rakan-rakan mereka. Kepada para penyokong yang baik juga boleh memberi maklumat kepada pihak berkaitan. Diharap dengan kempen ini sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada para penyokong. Semoga sukan bola sepak menjadi medium untuk mengeratkan silaturrahim dan bukan sebaliknya. Wallahualam.

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “FAM lancar kempen Antikeganasan bolasepak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)