post

FAM bakal gunakan Teknologi Video Bantuan Pengadil

Baru-baru ini Liga Australia telah menggunakan teknologi video bantuan pengadil atau dikenali sebagai VAR. Teknologi yang digunakan bagi membantu sistem pengadilan memberikan keputusan yang lebih tepat itu semakin mendapat perhatian peminat bolasepak. Ia akan mengurangkan isu-isu kontroversi yang melibatkan pengadil dalamĀ  perlawanan bolasepak.

Baru-baru ini Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menguji teknologi video bantuan pengadil (VAR) serta membuat perancangan untuk menggunapakai teknologi tersebut pada perlawanan separuh akhir dan akhir Piala Malaysia tahun ini. Ini sebagai projek perintis sebelum pelaksanaan menyeluruh pada saingan Liga pada musim hadapan.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, teknologi ini merupakan inisiatif FAM dalam membangungkan mutu pengadilan liga yang melibatkan kos kira-kira RM10 juta. Projek VAR ini bakal dikendalikan oleh syarikat Hawk-Eye yang berpengkalan di London dimana teknologi ini telah mula digunapakai di Liga seperti di Jerman, Belanda dan Perancis.

Ligakampung.com menyokong penuh mengenai penggunaan teknologi ini. Ini sedikit sebanyak meningkatkan taraf Liga bola sepak negara yang selama ini banyak kontroversi dengan pengadil. Selain itu tahap profesionalime para pengadil juga dapat ditingkatkan sejajar dengan status Liga yang bertaraf professional.

Bagi sesiapa yang pernah menonton rancangan hoki mungkin dapat memahami sedikit sebanyak mengenai sistem VAR ini dimana terdapat satu lagi pembantu yang akan membantu pengadil.

Cuba anda lihat gambar di bawah ini

gambar-video-assistant-referee

 

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.