LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Fakta menarik mengenai PTD

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Bercerita lagi mengenai jawatan terhangat dalam kerajaan Malaysia, Pegawai Tadbir dan Diplomatik atau dalam singkatannya PTD. Satu jawatan yang menjadi rebutan ramai apabila peperiksaan diadakan maka ribuan calon akan mencuba nasib untuk mendapatkan jawatan tersebut.

Untuk entri kali ini saya akan berkongsi sedikit fakta menarik mengenai PTD. Mungkin ada yang telah mengetahuinya dan mungkin ada yang tidak. Apapun, kita berkongsi bersama fakta tersebut.

Fakta Menarik Mengenai PTD

1) Mantan Perdana Menteri ke 5, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Ahmad Badawi merupakan mantan Pegawai Tadbir Diplomatik. Beliau pernah berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam dan pangkat terakhir disandang dalam Kementerian adalah sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 1974.
abdullah

 

2) Terdapat kekeliruan antara Pegawai Tadbir dengan Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Walaupun tugas mereka hampir serupa namun ada beberapa perbezaan antara kedua jawatan ini. Jawatan Pegawai Tadbir didaftarkan sebagai Gred N41 manakala Pegawai Tadbir dan Diplomatik pula dimulakan dengan Gred M41.
Selain itu bezanya adalah skop PTD lebih luas berbanding pegawai tadbir dimana mereka mudah berpindah berbanding Pegawai Tadbir yang biasanya berada di jabatan yang sama. Walaupun ada kebarangkalian untuk dipindahkan luar dari lokasi namun ia mungkin peratusan kecil bagi pegawai tadbir. Ini kerana biasanya jawatan Pegawai Tadbir adalah diambil secara dalaman oleh sesuatu agensi.
Berbeza dengan PTD yang diambil secara meluas dengan terdapat peperiksaan PTD serta proses yang panjang. Ia dilakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk menapis pegawai tinggi kerajaan ini.

|Best Ke Jadi PTD |

3) Ramai orang ingat bila jadi PTD akan kerja di luar negara. Ini berikutan perkataan diplomatik di belakangnya. Namun anggapan itu salah sebenarnya. Tidak semua yang berpeluang ke luar negara. Ada juga yang akan bertugas di kawasan pedalaman. Namun ia bergantung kepada dimana seorang calon berjaya itu akan ditempatkan oleh SPA.

Rujukan Untuk Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik

4) Kebiasannya bila berjaya mendapat jawatan PTD, kebiasaanya mereka akan menjadi Penolong Setiausaha. Jangan ingat setiausaha itu, yang menaip surat atau ambil jadual boss tu. Tapi tugas penolong setiausaha ini berat tanggungjawabnya. Selain buat surat boss, kena juga hadiri mesyuarat yang biasa diwakili oleh pegawai-pegawai besar kerajaan. Dah agak baik sikit mungkin pangkat akan dinaikkan ke peringkat yang lebih tinggi seperti Ketua Penolong Setiausaha dan sampailah ke tahap tertinggi Ketua Setiausaha. Dimana ketika ini kerja membuat surat sudah tiada lagi. Sebaliknya orang bawahan yang kena buat semua tu.

5) PTD tidak terhad pada pelajar jurusan Pentadbiran sahaja. Sesiapa yang ada ijazah dalam apa jua jurusan yang diiktiraf boleh mengambil peperiksaan PTD. Malahan ada juga mahasiswa jurusan perubatan yang menukar profession ke PTD ni. Mungkin ada kelebihan yang mereka rasakan dalam jawatan ini.

Cukuplah sedikit fakta mengenai PTD. Bagi mereka yang akan menjadi calon dalam Peperiksaan Menduduki Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik, saya doakan anda bersedia menghadapi peperiksaan tersebut. Mungkin rezeki anda untuk mendapat jawatan tersebut.

| AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN PTD ? DAPATKAN PANDUAN INI SEGERA |

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)