Assalamualaikum dan salam sejahtera
Anda mungkin sering mendengar kata-kata orang tentang sesuatu perkara yang tidak dapat dibuktikan kesahihannya. Walaupun tiada kesahihannya ianya sering diperkatakan seperti ianya benar-benar akan berlaku. Antaranya ialah :-
1. Lelaki lebih rendah dari isterinya akan murah rezekinya. Apa kena mengena antara ketinggian dan rezeki ye?? Adakah aura lelaki rendah lebih tinggi sehingga mampu menjana pendapatan seandainya beliau berkahwin dengan wanita yang lebih tinggi?
2. Wanita yang kerusinya panas ( selepas duduk) dikatakan subur. Mampu melahirkan zuriat yang banyak.. Saya tak pasti samada kenyataan ini berasaskan sains atau secara ramalan sahaja tapi selalu dengar perkara ni..
3. Rama-rama masuk ke dalam rumah akan ada orang penting singgah ke rumah..
4. Mimpi dipatuk ular maknanya ada orang masuk meminang. Selalu mimpi ni tapi takde pun orang masuk meminang. Ha hahaha..
5. Mata bergerak/berkelip sendiri maknanya ada orang sedang rindukan anda.. Ye ke??
6. Mimpi gigi tercabut, mungkin ada orang terdekat yang meninggal dunia.. Selalu gak mimpi gigi tercabut ni tapi tak fikir pasal hal diatas sebaliknya tengok betul ke gigi tercabut. Dah kureng hensem nanti dah takde gigi.
7. Ambil gambar kucing dengan flash boleh menyebabkan mereka mati…
Memang agak pelik dengan kenyataan di atas tapi lagi pelik bagaimana mereka mendapat idea untuk membuat kenyataan di atas.Pada pandangan saya pernyataan di atas cuma sekadar mitos sahaja. Tidaklah boleh dipercayai kerana apa yang berlaku tiada bukti sahih bagi menyokong kebenaran kenyataan di atas. Ia tidak patut dijadikan panduan dalam hidup.
Okay cukuplah tu.. Mungkin ada banyak lagi mitos-mitos yang boleh anda kongsikan bersama. Layankan je..
RSS Feed
Twitter



February 28th, 2010
zool
Posted in
Tags: 


yang no 4 tuh selalu je kena
hahaha
bila 1st time mimpi cuak gila
debar2
ingat betul2 ade orang nak meminang,
tunggu2 mane de
cett
lepas tuh cool je kalau mimpi cenggitu
hahahhahahaa
Reply
zool
Reply:
February 28th, 2010 at 20:03
ha ha ha.. nanti ada le tu yg nak masuk meminang tu…
Reply
haha.. yang pertama tue xtaw ar btl kew tak..yang kedua cam xmasuk akal jewk..huhu yang ketiga pernah terjadi kat aq… haha
Reply
zool
Reply:
February 28th, 2010 at 20:05
orang2 yg cipta kenyataan ni memang kreatif..
tak tau berlandaskan apa.
Reply
suratan atau kebetulan..kenny remy martin..hehe..sebenarnya tu saja2 untuk menghiburkan hati..hehe
Reply
1, 3, 5 dan 7 jer aku pnah dgr.. kdg2 ade sebab org dulu2 reka mitos camni.. wallahualam..
Reply
zool
Reply:
February 28th, 2010 at 20:06
tapi selalunya tak menjadi kenyataan .. tu yg pelik tu..
Reply
pada pendapat aku benda ni ada kena mengena dengan low of attraction(LOA)…memang segala kejadian/perkara yang bakal berlaku akan memberi tanda cuma kita sedar/peka atau tidak je…apa pun semua itu berlaku dengan izinNya.
Reply
zool
Reply:
February 28th, 2010 at 20:07
tak pasti tu semua..
tapi tak blh percaya sangat sebab nanti blh khurafat,,
Reply
mana ada orang datang meminang.kalau banyak kali mimpi tu bagus juga.cepat sikit si Zool kahwin.hehehe…..
Reply
nak explaination kenapa macam tu kene tanye orang-orang tua.
ade sebab kenape diorang create cerite macam tu.
tapi pada aku kebanyakannya kebetulan sahaja..
Reply