LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Faizal Saari digugurkan dari Jelajah Australia

Ingatkan, kes penyerang hoki negara Faizal Saari dah selesai tapi rupa-rupanya masih tergantung lagi. Pemain hoki negara berusia 24 tahun itu digugurkan daripada senarai 21 pemain yang akan menyertai kem latihan di Australia bermula 6 Mac depan.


Penyerang kontroversi yang mewakili Pasukan Hoki Terengganu (THT) gagal menghadirkan diri pada sesi latihan selepas tamat Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia di Singapura bulan lalu. Ini termasuk 6 perlawanan persahabatan menentang Mesir baru-baru ini.

Kehilangan Faizal dan Fitri adalah bagi memastikan perancangan pemain sedia ada bagi menghadapi sesi pemilihan ke Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) di Ipoh, Perak pada April depan. Terdapat enam perlawanan persahabatan termasuk tiga kali bertemu pasukan handalan skuad utama Australia yang juga akan menyertai kejohanan Piala Sultan Azlan Shah. Ia juga merupakan persiapan bagi menghadapi pusingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Belgium pada Jun depan.

Dalam perkembangan sama, pengendali sementara skuad hoki negara memaklumkan yang Faizal Saari masih berpeluang merebut tempat dalam skuad kebangsaan walaupun namanya telah digugurkan dalam jelajah ke Australia.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Datuk Johari Abdul Aziz, badan induk hoki negara itu sedia bertemu dengan Faizal bagi mengetahui gambaran sebenar yang dihadapi oleh pemain berkenaan.
– Kosmo & MStar

// Pendapat si Zool, Faizal perlu tampil untuk memberikan penjelasan yang sebenar. Jika beliau berdiam diri maka seeloknya badan induk hoki negara , MHC perlu bertegas dalam hal ini. Memang beliau seorang pemain handalan tetapi tidak adil jika fokus yang tinggi diberikan kepada beliau sedangkan pemain lain tidak diberi perhatian. Semoga kes ini cepat diselesaikan.

Please follow and like us:
error0

One thought on “Faizal Saari digugurkan dari Jelajah Australia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)