LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Faizal Saari akan beraksi di Oman

Pemain hoki negara, Faizal Saari akan beraksi di Liga Hoki Kebangsaan Oman selepas selesai kejuaraan Divisyen Satu Piala Tun Abdul Razak.
Faizal Saari telah ditawarkan untuk bermain dengan pasukan Sohar Sporting Club (SC) selama sebulan.
Meskipun saingan liga di Oman jauh lebih rendah berbanding Liga Hoki Malaysia namun Faizal mengambil cabaran untuk menyertai kelab tersebut.

Selaku pemain professional, pemain berusia 26 tahun itu membuat keputusan bagi memastikan dirinya sentiasa berada dalam keadaan kecergasan terbaik sebelum mengikuti latihan skuad negara pada 24 Disember depan.
“Tahun depan sangat penting kerana ada banyak kejohanan besar seperti Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia (April), Sukan Asia di Jakarta dan Palembang, Indonesia (Ogos) serta Piala Dunia di Bhubaneswar, India (November).

“Pasukan kebangsaan juga memberikan ‘lampu hijau’ untuk pergi bermain dengan kelab-kelab luar negara selepas tamat saingan Piala Tun Abdul Razak dan pulang semula sebelum 24 Disember.

“Walaupun (taraf) Oman lebih rendah tetapi tidak bermakna kita tidak boleh belajar sesuatu daripada mereka. Malah, Oman sekarang boleh dilihat mempamerkan peningkatan mendadak dalam arena hoki dunia,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Faizal, penjaring terbanyak dan pemain terbaik kejohanan Hoki Piala Asia 2017 itu mahu memastikan prestasinya meningkat dan menjadi penyerang berbakat dunia bagi menumpukan kejohanan besar pada tahun hadapan.
Selain Faizal yang beraksi di Oman, G.Kavin Kartik dan Muhammad Hafiz Zainol juga terpilih untuk mewakili kelab di sana.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)