Faizal berguru dengan Peillat

Kedua pemain ini hanya dipisahkan satu tahun sahaja namun Peillat yang merupakan pakar flick dunia dan pemenangn pingat emas Sukan Olimpik 2016 akan menjadi guru bagi pakar sudut penalti negara itu.
Faizal dan Gonzalo Peillat akan digandingkan bersama dalam Pasukan Hoki Terengganu (THT) bagi menghadapi saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2018 yang akan bermula pada 3 Januari depan.

Faizal,26 yang merupakan penyerang sensasi negara sedia belajar daripada Peillat, 25 bagi memastikan penyudahnya meningkat terutama dalam mengambil pukulan sudut penalti.
“Kehadiran Peillat dalam THT bagus buat Malaysia kerana ia secara tidak langsung merancakkan saingan MHL dan banyak yang boleh kami pelajari. Bukan dia sahaja, malah daripada pemain-pemain berkelas dunia dari Australia dan Republik Ireland.

Pakar sudut penalti terbaik ketika ini, Gonzalo Peillat

“Saya harap dapat belajar daripada Peillat terutama dari segi dragflick kerana dia adalah flicker terbaik dunia buat masa ini,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan THT di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kelmarin.
Kehebatan Peillat, 25, tidak perlu dipertikaikan lagi selepas dia membantu Argentina, ranking No. 2 dunia, memenangi pingat gangsa Piala Dunia 2014, pingat emas Sukan Olimpik 2016 dan tempat kedua Final Liga Hoki Dunia 2017.

Lebih manis, bintang dari Beunos Aires itu muncul penjaring terbanyak Piala Dunia 2014 dengan 10 gol, Sukan Olimpik 2016 (14 gol) dan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia 2017 (14 gol).

Faizal juga mempunyai impian untuk memastikan skuad hoki negara mengutip pingat emas Sukan Asia 2018 di Jakarta dan Palembang, Indonesia bagi menamatkan penantian 27 tahun negara ke Sukan Olimpik.

Sumber :-Kosmo

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

One thought on “Faizal berguru dengan Peillat

Leave a Reply